Pilu..hanya sempat selamatkan isteri dalam kebakaran, bayi 11 bulan tertinggal dalam buaian

Seorang lelaki hanya dapat menyelamat isterinya tetapi “tertinggal” bayi mereka dalam kebakaran malam kelmarin.

Pilu..hanya sempat selamatkan isteri dalam kebakaran, bayi 11 bulan tertinggal dalam buaian

Pilu..hanya sempat selamatkan isteri dalam kebakaran, bayi 11 bulan tertinggal dalam buaian

Jiman Alimuddin, 25, tidak sempat menyelamat Ainur berusia 11 bulan di buaian kerana api terlalu marak, lapor Harian Metro.

Beliau bergegas dari rumah rakannya dan menyelamatkan isterinya, Adittri Rahman, 24, dalam kebakaran malam kelmarin.

Rumah pekerja 10 pintu yang didiami mereka di ladang di Kampung Tangkarason di sini, hangus sekitar jam 8.10 malam.

Jiman dan Adittri dihantar ke Hospital Pitas dan dilaporkan kritikal.

Mengikut sumber akhbar itu, bekalan elektrik di kawasan itu terputus menyebabkan pekerja ladang terpaksa menggunakan lilin dan pelita.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata mayat bayi itu dikeluarkan polis pada 2 petang semalam.

Sumber: Malay Mail



Sumber Pilu..hanya sempat selamatkan isteri dalam kebakaran, bayi 11 bulan tertinggal dalam buaian

0 Response to "Pilu..hanya sempat selamatkan isteri dalam kebakaran, bayi 11 bulan tertinggal dalam buaian"

Post a Comment