Video pakcik buta tak nak berganjak dari tengah jalan selagi tak dapat RM20

Macam-macam cara digunakan untuk mendapatkan wang!

Terbaharu, dalam satu insiden di Bangsar, seorang lelaki buta dipercayai peminta sedekah enggan berganjak dari tengah-tengah jalan melainkan dia diberi wang sebanyak RM20.

Image result for Pertaruh Nyawa Demi RM20

Insiden itu berjaya dirakam seorang penyampai radio swasta, Matthew Wong yang kemudiannya berkongsi video tersebut di laman Facebooknya.

Rakaman itu bagaimanapun menjadi tular.

Dalam video berdurasi 47 saat itu, tindakan lelaki tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas pada petang Rabu kerana enggan berganjak dari Jalan Telawi 4, sehinggalah dia diberikan RM20.

Ong berkata dia memberikan wang RM1 tetapi lelaki itu tetap berdiri di tengah-tengah jalan.

“Dia mengambil wang itu dan terus berdiri memberitahu saya ia tidak cukup. Dia mahu RM10 atau RM20,” katanya.

Video itu ditonton lebih 150,000 kali dan menerima perkongsian sebanyak 2,000 di Facebook.

Tindakan lelaki itu turut mendapat kritikan di kalangan netizen yang mendakwa pernah terlihat lelaki berkenaan dengan modus operandi yang sama.

Netizen mendakwa lelaki itu pernah dikesan di beberapa lokasi tumpuan ramai seperti Desa Sri Hartamas, Kota Damansara, Mont Kiara dan USJ Subang Jaya.
Sumber: Mstar

 



Sumber Video pakcik buta tak nak berganjak dari tengah jalan selagi tak dapat RM20

0 Response to "Video pakcik buta tak nak berganjak dari tengah jalan selagi tak dapat RM20"

Post a Comment