Video DJ mabuk hina polis ketika dibawa ke balai polis

LELAKI yang dikatakan DJ kelab malam, merakam dan menyebarkan klip video ketika dibawa ke Balai Trafik Kuala Lumpur disahkan positif alkohol.

Video DJ mabuk hina polis

Video DJ mabuk hina polis

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nazri Hussin, berkata lelaki itu ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Sungai Besi dari arah Jalan Tun Razak menghala Seremban, pada 3.45 pagi Jumaat.

Katanya, lelaki berusia 31 tahun dan memandu BMW itu ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan.

“Pemandu terbabit disyaki dipengaruhi alkohol dan anggota mengarahkan suspek ke Balai Trafik bagi ujian menggunakan alat pengesan alkohol.

“Hasil pemeriksaan kemudian mendapati suspek positif alkohol.

“Bagaimanapun, suspek dikesan membuat rakaman video menggunakan telefon bimbitnya ketika dalam perjalanan ke Balai Trafik dan didapati muatnaik di Facebook,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini.

Nadzri berkata, tindakan suspek disedari anggota yang menahannya selepas menerima maklumat awam berhubung video itu yang tersebar di laman sosial, pada 6.30 pagi, pada hari sama.

Katanya, anggota kemudian membuat laporan berhubung video yang dirakam suspek terbabit.

“Dalam rakaman video suspek dengan jelas mempertikaikan prosedur yang dijalankan dan turut menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mengaitkan jabatan dengan rasuah serta melemparkan perkataan kesat.

“Kes lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 45a Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol

“Selain itu, dia juga akan disiasat juga mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kesalahan menyebarkan video dengan niat salah,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Video DJ mabuk hina polis ketika dibawa ke balai polis

0 Response to "Video DJ mabuk hina polis ketika dibawa ke balai polis"

Post a Comment