Isu dibelasah kerana hon, AJK Surau Austin Perdana capai kata sepakat

Ahli Jawatankuasa Surau Austin Perdana, Taman Austin Perdana, mencapai kata sepakat dengan ketua masyarakat Tiong Hwa Mukim Tebrau bagi menyelesaikan masalah kes pergaduhan seorang lelaki dan beberapa jemaah ketika solat Jumaat di surau berkenaan, Jumaat lalu.

Surau Austin Perdana

Surau Austin Perdana

Jurucakap surau yang enggan dikenali berkata, pertemuan dan makan malam diadakan bersama ketua masyarakat Tiong Hwa itu disaksikan anggota dan pegawai Balai Polis Setia Indah selain pegawai Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

Katanya, menerusi perbincangan itu mereka mencapai kata sepakat bahawa kes itu diselesaikan dengan baik dan meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

“Pemandu yang terbabit dalam kejadian itu tiada di lokasi kerana pengurusan surau sudah menyelesaikan perkara berkenaan ketika pertemuan diadakan di balai polis berkenaan pada petang hari kejadian.

“Kebetulan ketika itu kedua-dua pihak membuat laporan di balai polis sama dan hasil perbincangan mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes ini.

“Pada masa sama, kami menyerahkan segala siasatan kepada polis dan sanggup memberikan kerjasama kepada semua pihak,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berharap orang ramai terutama netizen tidak akan menularkan sebarang kenyataan berbentuk provokasi hingga boleh menimbulkan ketegangan antara kaum.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Isu dibelasah kerana hon, AJK Surau Austin Perdana capai kata sepakat

0 Response to "Isu dibelasah kerana hon, AJK Surau Austin Perdana capai kata sepakat"

Post a Comment