Tinggalkan nenas di galeri seni kerana lawak hambar, tak pasal-pasal nenas tu dianggap hasil seni siap diletak dalam kotak kaca

Seorang pelajar dari Aberdeen telah meninggalkan sebiji buah nenas di sebuah pameran seni sebagai satu ‘prank’ sebagai tidak tahu apa yang patut dilakukan dengan buah tersebut.

Ruairi Gray, 22, membeli buah terbabit untuk dijadikan bahan jenaka tetapi terkejut apabila keesokan harinya mendapati it telah diletakkan di atas satu gelas kaca sebagai salah satu bahan pameran di Universiti Robert Gordon.

‘Prank’ terbabit berjalan dengan jayanya apabila buah itu kekal dipamerkan di pameran itu selama enam hari sebelum ia diturun kerana pameran itu berakhir.

Ruairi, yang berasal dari Edinburgh, memberitahu metro.co.uk yang dia membeli buah itu untuk dijadikan bahan lawak ketika bersama rakan. Namun, lawaknya hambar dan tidak mendapat sambutan rakan-rakan.

“Kami tak tahu nak buat apa dengan buah nenas ini sehingga kami jumpa satu tempat kosong di galeri terbabit. Matlamat kami adalah untuk melihat berapa lama ia kekal disitu sehingga dibuang,” katanya.

Selepas meletakkan buah nenas itu pada Khamis, pelajar berkenaan kembali empat hari selepas itu dan mendapati buah nenas berkenaan telah ditempatkan di sebuah kotak kaca.

“Kami sangat terkejut dan tidak percaya. Kami tidak berhenti ketawa selama 10 minit,” katanya.

“Ia kekal disitu sehingga petang Rabu, dan ia merupakan barang terakhir yang diturunkan.”

Ruairi juga menjelaskan salah seorang tutornya yang berada di pameran itu bertanya kepada seorang pensyarah seni jika nenas itu satu seni.

“Ruairi berkata, pensyarah itu menjawab: “Dah tentu ianya betul, kamu boleh tengok apa yang mereka cuba lakukan dengan bahagian atas buah nenas dan kotak kaca itu.”

 

Sumber: Siakapkeli



Sumber Tinggalkan nenas di galeri seni kerana lawak hambar, tak pasal-pasal nenas tu dianggap hasil seni siap diletak dalam kotak kaca

0 Response to "Tinggalkan nenas di galeri seni kerana lawak hambar, tak pasal-pasal nenas tu dianggap hasil seni siap diletak dalam kotak kaca"

Post a Comment