“Teruja Maria Ozawa tiba di KL, bukti adat timur terhakis” – Pensyarah

Masyarakat Islam yang teruja dengan ketibaan Maria Ozawa membuktikan adat ketimuran dan nilai Islam makin terhakis, dakwa pensyarah.

Maria Ozawa berada di Kuala Lumpur dengan teman lelakinya, warga Filipina, pelakon dan cef Jose Sarasola. — Foto ihsan Instagram/Maria Ozawa

“Keterujaan segelintir masyarakat Islam terhadap kedatangan bekas pelakon lucah Jepun ini dilihat manifestasi adat ketimuran dan nilai Islam di negara ini semakin terhakis,” kata Dr Kamarulzaman Yusof kepada Harian Metro.

Baca artikel sebelum: Bekas pelakon porno terkenal, Maria Ozawa berada di KL dan ucap “Hello KL”

“Saya juga melihat bahawa keterujaan segelintir masyarakat Islam terhadap kedatangannya menunjukkan mereka mengikuti perkembangan artis itu, termasuk menonton filem tidak bermoral yang dihasilkan wanita itu.”

Maria, 31, pelakon yang dikenali seluruh Asia melalui aksi-aksinya dalam filem dewasa, berkunjung ke Kuala Lumpur sambil melancong.

Tidak pasti kegiatannya di sini, pelakon itu memuatkan fotonya di sini di Instagram pada Sabtu dengan coretan “Hello Kuala Lumpur!”

Maria berada di sini dengan teman lelakinya, warga Filipina, pelakon dan cef Jose Sarasola, lapor portal Star Online.

Kamarulzaman, pensyarah Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia, mahu keterujaan dizahirkan pada “pelakon yang lebih bermoral” atau cendekiawan Islam yang hadir ke negara ini.

Menurutnya lagi, penghormatan dan keterujaan mesti berdasarkan konsep Islam kerana dibimbangi moral seseorang selebriti atau tokoh itu diikuti anak muda.

“Penghormatan itu bukan kesalahan, namun jika kita meletakkan penghormatan berlebihan pada pelakon yang terbabit dalam kegiatan tidak bermoral, ini yang merunsingkan kita kerana ini menunjukkan norma adat ketimuran semakin hilang,” katanya.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber “Teruja Maria Ozawa tiba di KL, bukti adat timur terhakis” – Pensyarah

0 Response to "“Teruja Maria Ozawa tiba di KL, bukti adat timur terhakis” – Pensyarah"

Post a Comment