Kak Ogy panaskan Final Mentor Milenia dengan komen pedas

Semalam telah berlangsung minggu akhir konsert Mentor Milenia yang menyaksikan protégé kepada Akim Ahmad, Elica dinobatkan sebagai juara.

Tempat kedua pula disandang oleh perserta kegemaran ramai yang juga protégé kepada Hazama iaitu Usop. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Along protégé kepada Tomok dan protégé kepada penyanyi Black, Syeera sekadar menduduki tempat keempat.

Terkenal dengan tagline Jom Bikin Panas, pertandingan malam tadi sememangnya panas dengan komen-komen berbisa dari pelakon senior disegani Fauziah Ahmad Daud ataupun lebih mesra dipanggil Kak Ogy.

Komen pedas Kak Ogy terhadap protégé Tomok iaitu Along sewaktu berduet bersama Siti Nordiana menerusi lagu Memori Berkasih telah menyebabkan seluruh penonton di studio 2 Plaza Alam Sentral itu tergamam.

Persembahan Along dikatakan tiada elemen kreativiti dan dia kelihatan gementar dan perkara itu tidak seharusnya terjadi di peringkat akhir.

Tomok walaubagaimanapun telah membalas komen Kak Ogy itu dengan menerangkan kenapa beliau memilih untuk menampilkan persembahan sebegitu.

Lebih panas lagi apabila hujah dari Tomok mendapat sokongan dari juri tetap program itu iaitu Dato Hattan yang merasakan lagu itu sememangnya harus dinyanyikan sebegitu.

Namun untuk persembahan kedua Along, Kak Ogy telah memberikan pujian dengan mengatakan nyanyian Along sangat jujur dan emosi itu sampai kepadanya.

Netizen juga tidak terkecuali menjadi juri di hujung jari apabila laman sosial dibanjiri dengan komen-komen yang menghentam mahupun menyokong tindakan Kak Ogy.

Ada netizen yang mempersoalkan tindakan Kak Ogy yang turut mengkritik ‘lighting’ agtau sistem lampu dan pencahayaan yang digunakan pada malam itu.

_20170508_111638

_20170508_111615

_20170508_111439

_20170508_111421

Nampaknya setiap kali Kak Ogy dijemput menjadi juri, pasti panas dan kontroversi. Tetapi apa-apa pun Kak Ogy sangat berpengalaman di dalam industri seni jadi setiap kata-katanya haruslah diambil sebagai ilmu dan tidak seharusnya disimpan di dalam hati.

 

Sumber: Suria



Sumber Kak Ogy panaskan Final Mentor Milenia dengan komen pedas

0 Response to "Kak Ogy panaskan Final Mentor Milenia dengan komen pedas"

Post a Comment