“Tak payah panggil Datuk, panggil aje Nassier” – Nassier Wahab terima gelaran Datuk dari Sultan Pahang

Penyanyi popular era 1980-an iaitu Nassier Wahab memberitahu, biarpun baru sahaja menyandang gelaran Datuk, dia lebih senang bersikap ‘low profile’ dan hanya mahu dikenali dengan panggilan Nassier seperti sebelum ini.

“Tak payah panggil Datuk, panggil aje Nassier” - Nassier Wahab terima gelaran Datuk dari Sultan Pahang

“Tak payah panggil Datuk, panggil aje Nassier” – Nassier Wahab terima gelaran Datuk dari Sultan Pahang

 

 

 

Nassier, 55, berkata, sejurus dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada Isnin, di mula menerima banyak panggilan dan mesej daripada kenalan terdekat mengucapkan tahniah.

“Alhamdulillah, saya hanya mampu berkata syukur atas rezeki Allah yang tidak dijangka ini. 

“Terima kasih atas semua ucapan tahniah yang dikirim yang mana ada kenalan mula mengusik dengan status panggilan saya selepas ini.  

 

“Tak payah susah-susah kerana pangkat tidak membawa kita ke mana-mana. Panggil sahaja saya Nassier kalau itu yang mendekatkan kita, saya tak kisah,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Tambah penyanyi lagu ‘Memori Cinta Luka’ ini lagi, anugerah itu adalah pengiktirafan tertinggi pernah diterimanya selama 30 tahun sejak berkecimpung dalam lapangan seni.

“Selain pengiktirafan ini, September tahun lalu saya pernah menerima anugerah Tokoh Seni Ma’al Hijrah dari Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang),” katanya.

Nassier merupakan antara 158 penerima darjah kebesaran dan pingat yang disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Isnin. – mStar Online

Via: Mynewshub

 



Sumber “Tak payah panggil Datuk, panggil aje Nassier” – Nassier Wahab terima gelaran Datuk dari Sultan Pahang

0 Response to "“Tak payah panggil Datuk, panggil aje Nassier” – Nassier Wahab terima gelaran Datuk dari Sultan Pahang"

Post a Comment