“No big deal, saya ok saja terima komen. Selalu saya menyanyi sempurna, sesekali ada juga tak sempurna” – Datuk Siti mengaku terkucil ketika nyanyi lagu Segala Perasaan di ABPBH 3.0

PENYANYI popular Datuk Siti Nurhaliza mengakui melakukan kesilapan ketika menyanyikan lagu terbarunya berjudul Segala Perasaan pada Anugerah Bintang Popular 3.0, semalam sehingga menjadi tular di laman sosial.

 

"No big deal, saya ok saja terima komen. Selalu saya menyanyi sempurna, sesekali ada juga tak sempurna" - Datuk Siti mengaku terkucil ketika nyanyi lagu Segala Perasaan di ABPBH 3.0

“No big deal, saya ok saja terima komen. Selalu saya menyanyi sempurna, sesekali ada juga tak sempurna” – Datuk Siti mengaku terkucil ketika nyanyi lagu Segala Perasaan di ABPBH 3.0

 

Bagaimanapun Siti menerusi komen di kumpulan Sitizone di laman Facebook menerima segala kritikan yang dilemparkan dan meminta peminatnya bertenang.

“Jangan risau, saya okey saja terima komen. Selalu saya menyanyi sempurna, sesekali ada ketika juga tak sempurna.

“Apa pun saya gembira dapat mempersembahkan lagu baru. Bukan senang nak dapat peluang itu. Selalu orang sudah biasa lagu yang popular,” tulis Siti.

Siti turut memberi penjelasan menerusi laman Instagram miliknya.

“Kesimpulannya walaupun saya penat semalam sampai tersalah sedikit ‘teran’ ketika nyanyi, ia bukan masalah besar (no big deal).

“Sebenarnya ada juga yang sama-sama berjuang dan penat untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan membuatkan saya terus bersemangat untuk terus mempersembahkan yang terbaik,” tulis Siti.

Menerusi persembahan itu, Siti melakukan kesilapan falsetto pada bahagian nada tinggi lagu terbabit.

Pun begitu, persembahan Siti masih mendapat pujian banyak pihak terutama pengguna laman sosial lain.

Pada masa sama, Siti berterima kasih kepada peminat yang tidak berhenti mengundi dan memberi sokongan meski dia tidak tercalon dalam kategori utama.

 

 

Sumber: Metro



Sumber “No big deal, saya ok saja terima komen. Selalu saya menyanyi sempurna, sesekali ada juga tak sempurna” – Datuk Siti mengaku terkucil ketika nyanyi lagu Segala Perasaan di ABPBH 3.0

0 Response to "“No big deal, saya ok saja terima komen. Selalu saya menyanyi sempurna, sesekali ada juga tak sempurna” – Datuk Siti mengaku terkucil ketika nyanyi lagu Segala Perasaan di ABPBH 3.0"

Post a Comment