Bagi menggalakkan cara hidup sihat, sebuah syarikat di bandar ini menawarkan bonus kepada pekerjanya yang berjaya mengurangkan berat badan mereka.
Media tempatan melaporkan, bagi setiap sekilogram (kg) berat diturunkan syarikat perunding menawarkan bonus 100 yuan (RM63).
Bagi melayakkan untuk menerima wang tunai berkenaan, setiap pekerja perlu terlebih dahulu menurunkan berat badan sekurang-kurangnya 3kg.
Sehingga kini, lebih separuh pekerja di syarikat itu mengambil bahagian dalam program berkenaan.
Seorang pekerja, Zhou Wei berkata, dia berjaya menurunkan berat badan selepas mendapat motivasi melalui program berkenaan.
Katanya, dalam tempoh dua bulan dia berjaya mendapat bonus mencecah 2,000 yuan (RM1,259) apabila menurunkan 20kg berat badannya.
“Sebelum ini saya sering memakan daging dalam setiap hidangan tetapi kini saya hanya memakan cendawan dan telur untuk makan tengah hari,” katanya.
Pemilik syarikat itu memberitahu, hasil program berkenaan adalah di luar jangkaan.
Bagaimanapun, katanya, dia masih lagi bergelut untuk menurunkan berat badannya.
Sumber: Metro
Sumber Syarikat tawar bonus RM63 untuk setiap kilogram kepada pekerja yang berjaya menurunkan berat badan mereka
0 Response to "Syarikat tawar bonus RM63 untuk setiap kilogram kepada pekerja yang berjaya menurunkan berat badan mereka"
Post a Comment