Gambar bangkai sotong gergasi terdampar di Pulau Seram

Jakarta: Penduduk di Pulau Seram di wilayah Maluku, Indonesia terkejut baru-baru ini selepas menemui bangkai seekor sotong gergasi di Pantai Hulung di pulau berkenaan.

Gambar bangkai sotong gergasi terdampar di Pulau Seram

Gambar bangkai sotong gergasi terdampar di Pulau Seram

Dalam kenyataan kepada Beritasatu.com, seorang penduduk yang menamakan dirinya Asrul Tuanakota berkata, dia menemui bangkai sepanjang 15 meter itu petang Selasa lalu.

Sejak itu, pantai berkenaan menjadi tumpuan penduduk pulau berkenaan dan yang berhampiran yang ingin melihat sendiri bangkai yang sudah mereput itu.

Ini kali pertama kejadian seperti itu berlaku dan sehingga ini, punca bangkai itu terdampar di pantai berkenaan masih tidak diketahui.

Bagaimanapun, sotong berkenaan dipercayai mati tiga hari sebelum ditemui.

 

Sementara itu, penduduk meminta kerajaan membantu mereka mengalihkan bangkai berkenaan kerana ia sudah mula mengeluarkan bau busuk.

Awal tahun ini, satu hidupan laut berbulu di temui di Filipina. Mulanya ia dipercayai dugong. Bagaimanapun, selepas diperiksa, ia disahkan bangkai ikan paus yang sudah bertukar bentuk kerana mereput.

Sumber: Metro



Sumber Gambar bangkai sotong gergasi terdampar di Pulau Seram

0 Response to "Gambar bangkai sotong gergasi terdampar di Pulau Seram"

Post a Comment