Rooney kalah judi RM2.7 juta dalam masa 2 jam

MASA depan Wayne Rooney bersama Manchester United masih belum pasti selepas dia lebih banyak menghabiskan masa di bangku simpanan di bawah pengurusan bos baharu, Jose Mourinho.

Mungkin disebabkan itu, Rooney memilih cara tersendiri untuk menghabiskan masa dengan berjudi disebabkan sering dipinggirkan pengurus kelahiran Portugal tersebut.

Terbaharu, pemain berusia 31 tahun itu dilaporkan mengalami kerugian sebanyak 500,000 pound sterling (RM2.7 juta) dalam tempoh dua jam sahaja pada Sabtu selepas berjudi di sebuah kasino di Manchester.

Seorang saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, pada satu masa, Rooney memperjudikan 4,000 pound sterling (RM22,381) dalam tempoh seminit dan mengalami kekalahan.

“Dia (Rooney) bertindak semberono dengan menghabiskan banyak duit ketika berjudi.

“Dia cuba menampung kerugian apabila berjudi dengan jumlah yang lebih besar, tetapi keadaan semakin buruk.

“Semua pengunjung dalam kasion tersebut memerhatikan gelagatnya dan terkejut dengan kekalahan yang dialaminya,” kata saksi tersebut menurut laporan portal Mirror.

Tabiat buruk Rooney itu didedahkan ketika dunia bola sepak Britain digemparkan dengan skandal perjudian termasuk hukuman penggantungan 18 bulan ke atas pemain Burnley, Joey Barton kerana terlibat dalam pertaruhan bola sepak.

Kerugian terbaharu Rooney itu bakal mencetuskan ‘perang’ rumahtangga dengan isterinya, Coleen yang kini sedang bercuti bersama anak mereka, Kai, Klay dan Kit.

Pasangan suami isteri itu dilapor pernah bertengkar selepas Rooney mengalami kekalahan sebanyak 50,000 pound sterling (RM270,000) ketika di awal perhubungan mereka.
Sumber: MStar



Sumber Rooney kalah judi RM2.7 juta dalam masa 2 jam

0 Response to "Rooney kalah judi RM2.7 juta dalam masa 2 jam"

Post a Comment