Mursyidul Amnya, Hashim Jasin berkata, ini kerana parti berkenaan sentiasa bersikap terbuka dalam sebarang rundingan dengan syarat kerjasama dengan mana-mana pihak itu mesti dipimpin oleh Islam.

Menurut Hashim, tindak-tanduk UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meletakkan konsep Islam dalam pentadbiran memungkinkan perkara itu berlaku.