Kejadian yang menimpa seorang wanita yang melintas sebuah jalan raya yang sibuk bakal menjadi peringatan kepada orang ramai.
Menurut laporan Coconuts Bangkok, mangsa Sudchada Bureepia, 40 dirakam menggunakan telefon bimbitnya semasa melintas jalan empat lorong tersebut sebelum kejadian berlaku.
Ketika tiba di lorong terakhir, dia terus melintas tanpa memandang ke kanan menyebabkan mangsa melambung selepas dilanggar sebuah MPV.
Mangsa kemudian dihantar ke hospital Phyathai Sriracha dan didapati retak tulang kepala.
Suami mangsa, Prasong memberitahu isterinya baru selesai menghantar anak perempuan mereka ke hospital sebelum mangsa dilanggar.
Pemandu kenderaan MPV terbabit, Mangkorn Somsut mendakwa dia tidak menyedari wanita terbabit melintas jalan.
Siasatan masih dijalankan dan Mangkorn masih belum berhadapan dengan sebarang dakwaan.
Sementara itu, kemaskini laporan mengatakan Sudchada telah meninggal dunia semalam.
Video rakaman terbabit yang kini tular di laman sosial dianggap sebagai peringatan kepada pejalan kaki supaya berhati-hati.
Pemandu kenderaan juga diingatkan supaya waspada dengan keadaan di sekeliling mereka.
Sumber: Sinar Harian
Sumber Padah guna telefon bimbit ketika melintas, dilanggar kuat sampai melambung ke depan
0 Response to "Padah guna telefon bimbit ketika melintas, dilanggar kuat sampai melambung ke depan"
Post a Comment