Sayu… Luah Ibu Mangsa 4 Remaja Maut Lepas Hilang 7 Hari


HATI ibu mana yang tidak risaukan keselamatan anak terunanya setelah hilang selama seminggu tanpa menerima sebarang khabar berita.

Lebih-lebih lagi jika anak yang hilang itu merupakan seorang yang begitu rapat dan manja dengannya, pastinya perasaan bercampur baur mengenangkan keselamatan anaknya itu.

johor-accident

Begitulah perasaan yang dilalui oleh ibu kepada arwah Abu Izzani Abu Bakar, salah seorang mangsa yang dilaporkan meninggal dunia di dalam kejadian kereta terjunam ke dalam sungai di Felda Tenggaroh.

Ibu mangsa yang menggunakan nama akaun Cekmek Molek M Yusoff di Facebook sebelum mengetahui berita mengenai kematian anaknya itu tidak henti-henti berdoa.

Malah beliau turut meminta netizen di media sosial tempatan agar menyebarkan maklumat mengenai kehilangan anaknya itu sehingga ia menjadi viral beberapa hari lalu.

mama5

mama6done

Apa yang lebih membuatkan kami bertambah sedih adalah ketika membaca posting terakhir yang dimuat naik oleh ibu tersebut.

Dia mengatakan yang anaknya itu sempat memberikan ciuman di pipinya sebelum bertolak dengan menaiki kereta bersama-sama keempat-empat rakannya.

“Adik pergi dulu ea basah pipi ibu adik cium, walaupun dah 21 tahun masih manja,” tulisnya di posting terbaru yang dimuat naik hari ini.

mama7

Berita sedih mengenai kejadian yang menimpa ke atas keempat-empat pelajar itu benar-benar membuatkan seluruh rakyat Malaysia merasa pilu.

Bertabahlah buat ibu kepada arwah Abu Izzani, kami mendoakan arwah dan ketiga-tiga mangsa yang lain, Luqman Jainie, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa ditempatkan bersama golongan insan yang beriman.-MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Sayu… Luah Ibu Mangsa 4 Remaja Maut Lepas Hilang 7 Hari"

Post a Comment