GAMBAR seorang gadis mempromosikan kuih berbentuk kemaluan lelaki tersebar luas menerusi media sosial hari ini mencetuskan sensasi dalam kalangan netizen sendiri.
Menerusi gambar yang dikongsikan di laman Facebook Friends of PDRM, gambar wanita berhijab yang dilihat memegang kuih bahulu berbentuk kemaluan itu dipercayai dijual di sebuah premis di Langkawi, Kedah.
Kuih unik ala bahulu tetapi berbentuk batang zakar lelaki dewasa itu dijual pada harga RM4 sebatang dengan percuma sebatang jika beli empat batang; dan ia dikatakan turut dipasarkan secara online.
Rata-rata netizen memberikan kritikan hebat kerana tidak menyangka di Malaysia yang terkenal dengan budaya ketimuran dan sopan santun pun boleh wujud makanan berbantuk kemaluan.
“Kenapa la buat bntuk double meaning camtu.. tak ada bentuk lain ke.. tak malu ke? Nanti kang wanita punye pun dibuat gak” kata pengguna Facebook, Farah Shahzaliana.
Pemilik akaun Robert Bert turut meluahkan perasaan kecewa terhadap tindakan peniaga tempatan menjual makanan berbentuk zakar panjang berkenaan.
“Rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada kita jangan la disalahgunakan, jika kita bersyukur Allah akan tambah jika kufur azab Allah amatlah pedih, berkat ke makanan yang dimakan sebegitu nak baca bismillah pun tak boleh, jadi tergolong la kita di kalangan orang-orang yang rugi. Jauhkanlah dari perbuatan sebegitu.” katanya.
Jika di Eropah dan negara-negara Barat, makanan berbentuk kemaluan sememangnya telah lama bertapak di pasaran, jadi adakah kita juga ingin menyerap budaya Barat ke dalam jiwa rakyat?
Adakah ia hanya sesuai untuk wanita yang ada fantasi seks berangan cuba meratah jamah batang panjang lembut gebu lelaki yang diidam-idamkannya itu? –MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Kuih ‘Batang Hulu’ Bentuk Zakar Dijual Di Langkawi?"
Post a Comment