Remaja Lemas Mandi Di Kolam Takungan Air

KUALA NERUS: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun lemas ketika mandi di kolam takungan air di Kampung Padang Nenas, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Muhamad Ikhwan Ismail, 14, dipercayai mandi bersama rakannya sebelum lemas.
Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Toyibbah Taib, berkata mangsa ditemui oleh orang awam yang dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Katanya, sebaik bomba tiba di lokasi pada kira-kira jam 6.39 petang, mangsa masih berada di dasar kolam takungan berkenaan.
"Anggota bomba yang tiba di lokasi, membantu menaikkan mangsa sebelum menyerahkan mayatnya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

0 Response to "Remaja Lemas Mandi Di Kolam Takungan Air"

Post a Comment