'Ratu Naga' Mengaku Tidak Bersalah Hina Najib

SEPANG: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat komen yang menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Oktober tahun lalu di akaun Facebook miliknya.
Syarul Ema Rena Abu Samah yang menggunakan nama 'Ratu Naga' didakwa melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta yang sama.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pada pukul 12.01 pagi 6 Oktober tahun lalu iaitu dengan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Hakim Aizatul Akmal Maharani membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM7,000 dan menetapkan 22 Mac depan untuk sebutan semula kes.

0 Response to "'Ratu Naga' Mengaku Tidak Bersalah Hina Najib"

Post a Comment