KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mat Sabu yang berhadapan tuntutan muflis melabelkan masyarakat Melayu kumpulan pertengahan sebagai bodoh, bangang dan bahalol kerana masih menyokong Barisan Nasional (BN).
Beliau yang berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Pakatan Pembangkang Sempena Tahun Baharu Cina di Sungai Petani memuji sokongan masyarakat Cina dan India menyokong pembangkang.
“Tahun 2013, undi Melayu turun sedikit. Meningkatnya sokongan kepada kita sebanyak 52 peratus kerana undi orang Tionghua dan orang India. Tahniah kepada kaum Tionghua atas kesedaran politik.
“Orang Melayu kenapa tak mahu berubah? Takutkah kalau UMNO jatuh, Cina perintah Malaysia? Kenapa bodoh, bodoh, bodoh?” katanya lapor Utusan Malaysia
Beliau kemudiannya mahukan rakyat menjadikan negara Asia lain menggulingkan kerajaan menggunakan demonstrasi jalanan sebagai contoh.
“Di Filipina rakyat berdemonstrasi hingga Marcos jatuh. Di Indonesia, para pelajar berdemonstrasi sehingga mati enam orang tetapi akhirnya menjatuhkan Suharto dan memulakan era demokrasi.
“Di Thailand rakyat berdemonstrasi menjatuhkan Yingluck Shinawatra sementara di Burma mereka tumbangkan rejim tentera. Rakyat Malaysia bila? Demonstrasi pun tak mahu, pilihan raya pangkah lagi BN. Bodoh, bangang, bahalol,” katanya.
Tegas bekas Timbalan Presiden PAS itu, Biro Tatanegara dan pasukan polis Cawangan Khas (SB) kerap kali meracuni pemikiran rakyat dengan mendakwa masyarakat Cina akan mentadbir negara sekiranya BN kalah Pilihan Raya.
“Tak boleh! Orang Cina hanya boleh memerintah sama ada bersama BN atau pakatan pembangkang. Tak boleh mereka memerintah sendirian,” katanya.
“...SB kerjanya itulah, bawa bekas ahli DAP, Razali (Mohamed Razali Abdul Rahman) diiringi oleh polis pergi berbohong pegawai kerajaan,” ujarnya.
0 Response to "Melayu Kenapa Bodoh, Bangang, Bahalol? Soal Mat Sabu"
Post a Comment