LELAKI POTONG KEMALUAN KERANA GAGAL DAPAT ANAK LELAKI


Seorang lelaki dari China, Yong, bertindak memotong alat sulitnya akibat kecewa kerana tidak mendapat anak lelaki.

Tindakan itu adalah satu hukuman terhadap dirinya sendiri.

Yong, 36, yang mempunyai dua anak perempuan berusia tiga dan 12 tahun, telah mengambil jalan singkat itu setelah diejek oleh penduduk di kampungnya, kerana gagal memberikan zuriat lelaki.

Menurut ahli keluarganya, pada malam kejadian, dia mabuk selepas minum lima botol alkohol dan selepas mereka menyedari akan perbuatannya itu, Yong dikejarkan ke hospital.
 
Alat sulitnya itu turut dibawa di dalam beg mengandungi ais.

Namun setibanya di hospital, ketika doktor cuba menyambung alat sulitnya itu, Yong dilaporkan memarahi doktor kerana dia enggan organnya disambung semula.

Doktor bagaimanapun tetap melakukan pembedahan untuk menyambung semula alat kelakian Yong dan proses itu mengambil masa selama empat jam.

Proses penyembuhan itu dijangka mengambil masa antara enam hingga 12 bulan.

Di kawasan pedalaman China, penduduknya mementingkan anak lelaki kerana anak lelaki membawa nama keluarga sementara anak perempuan pula akan berkahwin dan kemudiannya akan menjaga ibu bapa mertua mereka.

0 Response to "LELAKI POTONG KEMALUAN KERANA GAGAL DAPAT ANAK LELAKI"

Post a Comment