KUALA LUMPUR: Harga minyak mentah dilihat stabil antara AS$30-$40 setong dan dengan itu tidak perlu lagi melakukan pengubahsuaian perbelanjaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata jika harga turun di bawah AS$30, barulah kerajaan melihat semula kedudukan fiskalnya.
Januari lalu, pentadbiran Najib melakukan pengubahsuaian terhadap Bajet 2016 dengan mengambil kira penurunan harga minyak dunia.
Kerajaan melakukan pengubahsuaian itu berasaskan andaian harga antara AS$30 dan AS$35 satu tong daripada AS$48.
“Nampaknya harga minyak dalam keadaan stabil ketika ini,” katanya yang juga Menteri Kewangan.
Arab Saudi dan beberapa negara penghasil minyak dunia enggan mengurangkan pengeluaran dalam usaha mengetepikan saingan, terutama daripada pengeluar minyak syal di Amerika Syarikat.
0 Response to "Harga Minyak Rendah Tapi Stabil"
Post a Comment