Bukan Sengaja Rahsiakan Kehamilan Almy - Fizz Fairuz

Pelakon Fizz Fairuz menjelaskan dia bukan sengaja merahsiakan kehamilan kali kedua isterinya, Almy Nadia, namun khabar gembira itu tidak mahu dihebahkan sehingga mereka mendapat pengesahan daripada doktor.
"Bukan tidak mahu umumkan tetapi belum dapat pengesahan daripada doktor lagipun saya tidak mahu perkara yang belum pasti dihebah-hebahkan.
"Selepas Almy jalani pemeriksaan dan akhirnya doktor sahkan yang dia hamil tujuh minggu," katanya ketika kepada Malaysian Digest ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Munafik, bertempat di GSC One Utama, Damansara, pada Khamis.
Dalam pada itu Fizz berkata, dia dan Almy tidak merancang untuk mendapatakan cahaya mata kedua namun mereka bersyukur dan menyifatkan sebagai rezeki dan petanda baik dalam permulaan tahun 2016 buat mereka sekeluarga.
"Ni yang nombor dua, kalau yang nombor 11 mungkin saya akan lebih gembira lagi," selorohnya.
"Kami tidak merancang. Allhamdulillah ini rezeki. Syukur permulaan tahun 2016 ini adalah satu permulaan yang baik untuk kami sekeluarga.
"Mungkin ini hikmah rezeki saya kurang dari segi tawaran drama sebaliknya saya banyak menerima tawaran filem.
"Tahun 2016 ini juga saya buka lembaran baharu ditambah dengan kehadiran bakal cahaya mata kedua ini tanggungjawab saya lebih besar dan saya perlu bekerja keras lagi untuk keluarga," katanya yang kini sibuk menganjurkan Karnival Mh Joget Pahang.
Fizz dan Almy bernikah pada 26 April 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna yang kini sudah berusia setahun.
Desas-desus mengenai kehamilan Almy mula diperkatakan ramai sejak beberapa hari lalu ekoran pelakon itu memuat naik di laman Instagramnya foto-foto makanan yang sering dimakan oleh wanita hamil.
Bagaimanapun menerusi laporan sebuah portal berita, Almy menyatakan bahwa dia menyerahkan kepada suaminya untuk menjelaskan mengenai berita itu.
Spekulasi bertambah kuat apabila Fizz juga memuat naik beberapa foto yang dimuat naik turut memberi gambaran bakal menimang seorang lagi cahaya mata apabila menggunakan hasgtag #rezekibabydlmperut dalam kapsyen gambar di Instagram.
Dalm perkembangn lain, Fizz bakal muncul merenusi filem Munafik yang akan tayangankan di pawagam seluruh tanah air mulai 26 Februari ini.
Filem arahan Syamsul Yusof itu turut menampilkan barisan teraju utama iaitu Nabila Huda dan Syamsul sendiri selain Datuk Rahim Razali, Sabrina Ali dan ramai lagi.
"Saya kagum dengan hasil dan kreativiti Syamsul. Sepanjang penggambaran, saya memang 100 peratus mengikut dan cuba menepati apa kehendak dia.
"Apa yang boleh saya katakan Munafik adalah sebuah seram yang bertaraf filem seram Asia seperti Thailand," katanya.

0 Response to "Bukan Sengaja Rahsiakan Kehamilan Almy - Fizz Fairuz"

Post a Comment