Anak Sharifah Zarina Selamat Jalani Pembedahan Lebihan Tulang

Penyanyi yang popular dengan lagu Langit Ketujuh, Sharifah Zarina, 34, lega apabila sakit peha akibat lebihan tulang yang ditanggung anak keduanya Ariana Dina, 8, selama ini berakhir selepas menjalani pembedahan di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), baru-baru ini.
Memetik laporan Harian Metro, Zarina berkata, anaknya itu mula merasa sakit selepas mereka pulang bercuti dari luar negara hujung tahun 2014 lalu.
Pada mulanya dia menyangka ia hanya sakit biasa tetapi mula bimbang apabila anaknya menangis hampir setiap malam.
"Apabila melihat keadaan anak yang sering menangis setiap malam saya mula bimbang. Kami kemudian ke hospital untuk menjalani ujian imbasan dan doktor mengatakan tiada apa-apa ditemui.
"Kemudian saya hanya menyapu ubat yang diberikan doktor, tetapi keadaan masih sama dan dia masih kerap menangis.
"Saya dan suami pergi ke hospital lain dan jawapan diberikan masih sama. Sehinggalah kami sepakat untuk mengadakan ujian MRI (Magnetic Resonance Imaging) yang kemudian mengesahkan ada lebihan tulang di tulang peha kanan anak saya.
Tulang itu yang membuatkan anak berasa sakit dan kurang selesa," katanya.
Zarina berkata, dia lega kerana selepas pembedahan itu, keadaan anaknya makin stabil dan boleh berjalan seperti biasa.
"Namun, doktor tidak membenarkan dia melakukan aktiviti lasak selama enam bulan," katanya.

0 Response to "Anak Sharifah Zarina Selamat Jalani Pembedahan Lebihan Tulang"

Post a Comment