PELAKON Mia Ahmad berkongsi wajah anak ketiganya buat pertama kali kepada peminat sejak bayi perempuan itu dilahirkan Januari lalu.
Mia atau Samihah Ahmad Baderi, 35, berkata, dia dan suami iaitu Mohd Izham Tarmizi turut sepakat memilih nama Imaani buat anak ketiganya itu.
“Assalamualaikum semua, kenalkan anak ketiga kami iaitu Imaani Mohd Izham Tarmizi,” tulisnya.
Mia Ahmad kongsi wajah anak ketiga bersama peminat.
Mia berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan gelagat anaknya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan juga netizen turut teruja melihat wajah Imaani buat kali pertama.
Malah mereka juga mendoakan agar Imaani menjadi insan berguna kepada ibu bapanya apabila dewasa kelak.
“Comelnya Imaani, semoga menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapa nanti.
“Masya Allah muka macam abang dia ya, bulat sungguh mata dia,” antara komen netizen.
Mia Ahmad bersama suami dan dua orang anaknya.
Sebelum ini, pemain bola sepak pasukan Sri Pahang (FC) berkenaan meluahkan rasa syukur apabila isterinya selamat melahirkan bayi perempuan mereka pada 17 Januari lalu.
Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017.
Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Sayf Issa, 4, dan Iriss, 2 tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/FexbR1O
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "Bulatnya mata dia… Mia Ahmad kongsi foto anak ketiga, beri nama Imaani"
Post a Comment