Pelajar kolej vokasional ‘dicop’ tak bijak, tiada masa depan… Jejaka ini tepis prasangka burvk, dah jadi ‘budak spanar’ terkenal!

SETIAP pelajar mempunyai pilihan masing-masing dalam mencorakkan perjalanan hidup mereka.

Jika tidak berminat ke arah akademik, mereka boleh menyambung pengajian dalam bidang kemahiran ataupun memulakan perniagaan sendiri.

Menerusi segmen Figura kali ini, mStar berkesempatan menemubual seorang lepasan Kolej Vokasional (KV) Labuan yang kini dikenali sebagai Spanar Boy atau Budak Spanar dalam kalangan pengikut media sosial.

akram1

Akram merupakan lepasan KV.

Pemilik nama sebenar AG Ku Md Khairul Akram AG Ku Damit itu mencuri perhatian ramai apabila dia kerap berkongsi video TikTok mengenai kehidupannya sebagai mekanik selepas menamatkan pengajian di KV berkenaan.

Minat sejak kecil

Memulakan bicara, jejaka Brunei yang lahir dan menetap di Labuan itu mengakui terbuka hati untuk memilih bidang automotif kerana minat mendalam terhadap kereta sejak kecil lagi.

“Minat terhadap bidang ini bermula sejak saya kecil. Dulu saya suka beli kereta mainan. Saya juga ada menonton filem seperti Fast and Furious serta KL Drift dan bermain game GTA.

“Apabila saya tahu ada pendaftaran terbuka, saya terus cuba dan memulakan perjalanan di KV dalam bidang automotif ketika tingkatan empat. Selepas itu, saya sambung diploma dalam bidang sama,” ujarnya yang kini bekerja di sebuah pusat servis di Labuan.

akram5

Akram kerap berkongsi video mengenai kerjayanya menerusi TikTok.

Senang disapa Akram, dia mengakui perjalanan dalam bidang itu tidaklah semudah yang disangka, namun dia bersyukur apabila dapat menamatkan pengajian dengan jayanya.

“Sebenarnya masa awal-awal masuk KV, saya kosong dan tidak tahu apa-apa mengenai automotif. Awalnya memang susah, tapi saya sama-sama belajar dengan kawan-kawan. Alhamdulillah, lama-kelamaan saya mula okey.

“Sewaktu praktikal pun saya teruskan belajar. Cabaran utama sudah tentu melibatkan r1siko. Kita nak repair kereta orang, jadi kita kena ada keberanian. Kena berani ambil r1siko.

“Sambil-sambil itu, kita kena rujuk pada senior yang ada pengalaman, takut tersilap langkah dan sebagainya,” ujar anak kelima daripada enam beradik itu.

Jangan pandang rendah

Menurut Akram lagi, dia juga peka dengan persepsi segelintir individu yang memandang rendah terhadap pelajar KV, namun katanya sejarah sudah membuktikan sebaliknya.

Selain dia yang mendapat rezeki bekerja selepas menamatkan pengajian, Akram berkata ramai lagi lepasan KV turut cemerlang dan berjaya dalam bidang yang diceburi mereka.

akram2

Jejaka Brunei ini bersyukur dapat menceburi bidang yang diminatinya.

“Terpulang kepada pandangan masing-masing. Kalau dia pandang rendah budak KV tiada masa depan, di KV ni banyak yang membuktikan sebaliknya. Ada juga budak pandai yang masuk KV sebab nak kejar bidang yang dia minat. Kalau dia tak minat, kita tak boleh paksa.

“Jadi di KV sebenarnya bukan tiada masa depan, tapi ia berbalik pada diri sendiri. Kalau betul minat, boleh sertai KV. Sebenarnya saya sendiri tak kisah kalau ada orang pandang rendah. Saya pun tak pernah berdepan pandangan itu.

“Apa-apapun, janganlah pandang rendah. Selalu orang kata budak KV budak jahat, budak tak pandai. Ia sebenarnya pilihan masing-masing. Yang penting kalau nak masuk, kena ada minat, sebabnya fasa awal tu sangat struggle. Ia bukan bidang yang senang sebenarnya,” ujar Akram lagi.

Tak sangka viral

Dalam pada itu, Akram berkata content berkaitan automotif dan kerjayanya sebagai mekanik di TikTok hanya bermula secara suka-suka sahaja.

Berkat sokongan ramai, Akram berkata dia bersemangat untuk terus berkongsi content tersebut, sekali gus dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang dimilikinya.

akram3

Akram berterima kasih kepada pelayar TikTok yang sentiasa memberi sokongan buatnya.

“Sebenarnya awal-awal tu saya saja je share content. Tapi sudah aktif sekarang. Saya cuma nak share tentang kehidupan seorang technician. Kita biasa tengok influencer gaming apa semua, untuk technician ni masih kurang. Jadi saya nak ketengahkan kerjaya ini, nak perkenalkan kehidupan pomen.

“Alhamdulillah, keluarga pun bagi sokongan sejak awal saya sertai bidang ini. Saya juga terkejut apabila video di TikTok viral. InsyaAllah selepas ini saya akan share banyak lagi berkaitan kereta, berkaitan kehidupan kerja saya dan sebagainya.

“Nama Spanar Boy itu pula sebenarnya dicadangkan oleh seorang individu ketika saya buat live. Dia yang recommend nama itu. Terima kasih kepada semua yang bagi sokongan buat Spanar Boy,” ujarnya mengakhiri bicara.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/5GyZc4F



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Pelajar kolej vokasional ‘dicop’ tak bijak, tiada masa depan… Jejaka ini tepis prasangka burvk, dah jadi ‘budak spanar’ terkenal!"

Post a Comment