“Makanan Pertama Sebagai Suami Isteri” – Fatin Afeefa Sediakan Maggi Goreng Ayam Buat Suami Tersayang

Penyanyi Fatin Afeefa dilihat menyediakan Maggi Goreng Ayam sebagai hidangan pertamanya buat suami tersayang, Aliff Awang beberapa hari lalu.

Menerusi video pendek yang kembali dikongsikan di dalam akaun TikTok peminat, Aliff merakamkan menu yang disediakan isteri sambil menitipkan dedikasi.

Video:

@fatinafeefa98

Semoga rumahtangga yang dibina dikurniakan mawaddah warahmah hingga ke syurga jannatul firdaus aamiin 🤲🏻 #fatinafeefa #aliffawang #fyp #fypシ #foryou #foryoupage #masukberanda #masukfyp #masukberandafyp #berandafyp #berandatiktok #berandafypシ

♬ Ya Rabb يارب – Muhajir Lamkaruna

“Alhamdulillah makanan pertama sebagai suami isteri, maggi. Orang kata bukan nilai sesuatu barang itu yang membuatkan perkara itu perlu dihargai, tetapi ingatan itu,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya memberikan reaksi yang baik-baik selain akui air tangan isteri adalah yang terbaik.

Komen Netizen:

Video berkenaan sudah pun ditonton lebih 800,000 kali disusuli dengan puluhan ribu tanda suka.

Sementara itu meninjau ke Instagram Fatin, bintang filem Tentang Bulan itu ada memuat naik fotonya bersama suami yang disertakan dengan kapsyen ringkas;

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AFEEFA 🌙 (@fatinafeefa)

“Officially ‘Mr’ & ‘Mrs’,” kongsi Fatin.

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada Jumaat lalu, di sebuah premis acara di Subang Jaya, Selangor.

Perkahwinan pelakon itu terjawab apabila dia berkongsi video majlis perkahwinannya di TikTok.

Menerusi hantaran video berkenaan, ramai mengucapkan tahniah kepada pasangan selain dan tidak menyangka Fatin mendirikan rumah tangga memandangkan tidak pernah berkongsi hal berkaitan cinta sebelum ini.

Video:

@fatinafeefa8

Kunfayakun. Assalamualaikum sayang ♡

♬ suara asli – justme – justme

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/6g7WXDV



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "“Makanan Pertama Sebagai Suami Isteri” – Fatin Afeefa Sediakan Maggi Goreng Ayam Buat Suami Tersayang"

Post a Comment