Reen Rahim kahwin guna duit sendiri, ramai salah faham tajaan RM15 juta… “Kalau sebanyak itu lebih baik sedekah”

PELAKON Reen Rahim menjelaskan tajaan yang diterima untuk majlis perkahwinannya hanyalah aksesori barang kemas yang dipakai bernilai RM15 juta dan bukannya perbelanjaan keseluruhan.

Kata Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, perbelanjaan untuk tiga majlis yang diadakan pula diuruskan oleh perancang perkahwinan dengan menggunakan duit sendiri.

“Ramai yang ingat saya dapat RM15 juta untuk buat majlis, tetapi sebenarnya nilai itu adalah aksesori yang saya pakai. Ia termasuk untuk malam berinai, pernikahan dan resepsi. Bukanlah dapat tajaan untuk perbelanjaan majlis.

reen 3

Reen sah bergelar isteri kepada Hazim pada malam Sabtu.

“Kalau saya dapat duit begitu, lebih baik sedekah kepada orang yang memerlukan. Urusan majlis perkahwinan ini saya gunakan khidmat wedding planner dan guna duit sendiri,” katanya kepada mStar.

Reen sah bergelar isteri kepada Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, pada Sabtu dengan sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Boraombak Marina, Putrajaya.

Pada majlis tersebut Reen menerima mas kahwin berjumlah RM1,988 berserta set barang kemas.

Reen sebelum ini pernah memaklumkan dia menerima tajaan berjumlah RM15 juta hingga menimbulkan kekeliruan ramai yang beranggapan majlis perkahwinannya terlalu mewah dengan kos sedemikian.

Dalam masa sama, Reen berkata dia juga tidak pernah berniat untuk menyembunyikan hubungan cinta mereka sebelum ini kerana dilihat tidak pernah berkongsi gambar bersama di sosial media.

Sebaliknya Reen mahu menghormati dan menjaga hati suami supaya tidak mendengar gos1p atau cerita yang tidak betul tentang hubungan tersebut.

“Saya ini selebriti dan keluarga sudah biasa dengar gosip. Namun tidak bagi keluarga suami. Jadi saya hormat dan mahu menjaga sensitiviti mereka.

“Saya ini bukanlah orang yang baik. Tak mahulah keluar cerita yang tidak elok dan boleh menggur1s hati keluarga dia. Tiada niat nak sorok pun,” jelasnya.

Sementara itu, suaminya iaitu Hazim pula berkata dia tidak akan menghalang Reen daripada terus terlibat dalam dunia lakonan dan enggan meletakkan sebarang syarat kerana percaya isterinya itu bijak menjaga batas.

reen 2

Selain mas kahwin bernilai RM1,988, Reen juga menerima set barangan kemas.

Pasangan ini juga memaklumkan belum ada perancangan untuk berbulan madu dalam masa terdekat kerana terlibat dengan urusan kerja.

“Kerjaya lakonan itu adalah rezeki dia, saya tidak akan halang dan terus memberi sokongan. Dia tahu apa yang baik dan burvk sebagai seorang isteri yang bekerja. Kalau ada yang salah saya akan tegur untuk betulkan.

“Kami juga masih belum rancang untuk berbulan madu. Majlis ini pun dirancang dalam tempoh lima bulan, jadi tak sempat lagi nak fikir soal bulan madu.

“Mungkin selepas selesai semua urusan kerja barulah kami akan berbulan madu,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/ZYji6lF



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Reen Rahim kahwin guna duit sendiri, ramai salah faham tajaan RM15 juta… “Kalau sebanyak itu lebih baik sedekah”"

Post a Comment