Che Ta Sambut ‘Anniversary’ Ke-9 Dengan Busana Harga Rm80000, Ded4h Zain Tak Pernah Paksa Masak Kemas Rumah

Tanggal 11 Disember merupakan tarikh istimewa buat pasangan selebriti, Rozita Che Wan atau Che Ta dan suaminya, Zain Saidin dimana mereka telah diijabkabulkan sebagai suami isteri.

9 tahun yang indah

Pada setiap ulang tahun perkahwinan, Che Ta dan Zain akan melakukan ‘photoshoot’ ala-ala pengantin baru. Tahun kesembilan ini, Che Ta memilih menggayakan baju pengantin berwarna putih yang nilainya mencecah RM80,000.

9 tahun kahwin, 9 kali dah sarung baju kahwin. Alhamdulillah, tahun ini rezeki dapat sarung baju kahwin harga RM80,000.

Menurut Che Ta, selama 12 tahun bergelar ibu tunggal tidak pernah sekali pun dia putus asa dengan perkahwinan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Aktres berumur 49 tahun ini bersyukur kerana dikurniakan Zain sebagai suami dan ayah kepada anak-anak. Katanya, Zain tidak pernah menyuruh dirinya kemas rumah, paksa memasak serta memberi kebebasan untuk dia melakukan perkara yang diingini.

12 tahun jadi ibu tunggal, tak pernah give up dengan perkahwinan. Kadang Allah hantar ‘peneman’ untuk uji kesabaran kita. Kalau sabar kekal lah bahtera yang kita bina, kalau tak sabar, itu yang porak peranda.

Alhamdulillah 9 tahun ini Allah hantar yang baik-baik saja. Tak pernah suruh kami kemas rumah ka, tak pernah paksa masak, jauh sekali nak kawal pergerakan kami.

Sangat jaga bab agama

Meskipun mendapat ‘tiket’, Zain, 38, sangat menitikberatkan soal agama terutama solat lima waktu dengan pemilik nama Rozita Abu Bakar.

Tapi satu benda dia ulang-ulang tanya setiap waktu, sayang dah solat? Tak sangka mat saleh celup yang kami kahwin ini sangat particular tentang agama.

Ingat lepas kahwin, nak pakai skirt atas paha ja. Kita pula feeling macam kahwin dengan mat saleh, tapi terus perlahan-lahan tutup aurat.

Alhamdulillah! Ada sebab Allah hantar ‘peneman’ hidup kita. Tak kaya, tapi kami bahagia.

Dalam pada itu, pelakon drama Kak Marr turut mengingatkan wanita yang pernah bercer4i untuk tidak berputus asa mencari pengganti.

Kalau ada wanita di luar sana yang give up bila rumah tangga ‘berderai’ jangan.. Mungkin jodoh korang akan muncul, tengah otw. Insya-Allah, Allah tengah pilih yang baik-baik untuk korang.

Doa yang baik-baik akan dapat yang baik. Insya-Allah.

Terdahulu, Che Ta dan Zain Saidin mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan tahun.

Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra, 24.

Sumber: Instagram @rozitachewan1

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Che Ta Sambut ‘Anniversary’ Ke-9 Dengan Busana Harga Rm80000, Ded4h Zain Tak Pernah Paksa Masak Kemas Rumah"

Post a Comment