Ayu Raudhah Hamil Anak Ke-6? Wish Birthday Dari Zaquan Adha Jadi Teka-Teki; “Pic Last Tu Hadiah Yang Tak Seberapa Untuk You.”

Ketua pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC), Zaquan Adha Abdul Radzak menitipkan dedikasi indah bersempena dengan ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-37.

Bagaimanapun, ucapan yang dilampirkan dengan video istimewa menerusi Instagram miliknya itu mencuri tumpuan wargamaya apabila turut memuat naik foto ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan ‘positif’.

“Selamat hari jadi sayangku. I doakan Allah makbulkan segala doa you, you seorang isteri dan mummy yang hebat, tak ternilai pengorbanan you dengan duit ringgit.

“Allah sahaja yang dapat balas pengorbanan you. I love u till jannah sayangku(pic last tu hadiah i yang tak seberapa untuk you),” tulis Zaquan di dalam video sama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zaquan Adha (@zaqone_08)

Meninjau ke ruangan komen, peminat mendoakan yang baik-baik dan tumpang gembira dengan keharmonian pasangan berkenaan.

Malah, tak kurang yang bertanya sama ada Ayu kini sedang hamil anak keenam atau sebaliknya.

“Wah nak ada baby lagi. Tahniah happy birthday.”

“Meriahnya anak-anak ramai. Congrats both of you. Bertambah lagi umat Nabi Muhammad.”

“Semoga jodoh you all berpanjangan hingga syurga Allah dan moga selamat menimang cahaya mata lagi, insyaAllah… MasyaAllah.”

“Preggy lagi ke Ayu? Alhamdulillah rezeki hari jadi. Selamat hari jadi sis yang sentiasa hot dab jelita.

“Happy birthday semoga dapat twin pregnant kali ini.”

Malah menerusi hantaran sama, Ayu dilihat ada membalas muat naik oleh suami;

“Hahaha TQ suamiku sayang,” tulisnya ringkas disusuli emoji.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada adik kepada aktres Rozita Che Wan ini kini sedang hamil lagi atau ia sekadar ‘throwback’.

Apapun, mendoakan hanya yang baik-baik buat mereka berdua.

Dalam pada itu, Ayu menerusi media sebelum ini mengakui dia senang meletakkan keluarga sebagai keutamaan.

Dia juga gembira dengan anak-anak yang ramai dan dia serta suami juga dibesarkan dengan adik-beradik yang ramai.

Untuk rekod, Ayu dan Zaquan berkahwin pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan lima cahaya mata Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq dan bongsu, Muhammad Aisy Al Jibreel.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/oXI4UfC



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Ayu Raudhah Hamil Anak Ke-6? Wish Birthday Dari Zaquan Adha Jadi Teka-Teki; “Pic Last Tu Hadiah Yang Tak Seberapa Untuk You.”"

Post a Comment