Anak Sulung Tak Nak Tidur Bilik Sendiri, Elfira Loy Rindu Nak Solat Dengan Khusyuk

Pelakon Elfira Loy mengakui rindu untuk menunaikan solat dalam keadaan khusyuk sejak bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata.

Dalam satu hantaran di Instagram miliknya, Elfira atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri memberitahu sejak bergelar ibu, sukar untuk khusyuk ketika menunaikan solat kerana bimbang keselamatan anak-anaknya ketika ditinggalkan seketika.

“Benda paling saya rindu sekali nak buat selepas bergelar ibu ialah solat dengan khusyuk. Ramai yang kata biarkan anak-anak menangis atau bermain ketika kita solat.

“Tapi kalau rakaat kedua sudah seperti ini (merujuk gambar dua anaknya yang sedang tidur), takut masuk rakaat keempat seorang dah ada di bawah (jatuh katil akibat ditendang),” katanya.

Anak Sulung Tak Nak Tidur Bilik Sendiri, Elfira Loy Rindu Nak Solat Dengan Khusyuk

DescriptionPelakon Elfira Loy mengakui rindu untuk menunaikan solat dalam keadaan khusyuk sejak bergelar ibu kepada dua orang cahay …

Pelakon Elfira Loy mengakui rindu untuk menunaikan solat dalam keadaan khusyuk sejak bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata.

Dalam satu hantaran di Instagram miliknya, Elfira atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri memberitahu sejak bergelar ibu, sukar untuk khusyuk ketika menunaikan solat kerana bimbang keselamatan anak-anaknya ketika ditinggalkan seketika.

“Benda paling saya rindu sekali nak buat selepas bergelar ibu ialah solat dengan khusyuk. Ramai yang kata biarkan anak-anak menangis atau bermain ketika kita solat.

“Tapi kalau rakaat kedua sudah seperti ini (merujuk gambar dua anaknya yang sedang tidur), takut masuk rakaat keempat seorang dah ada di bawah (jatuh katil akibat ditendang),” katanya.

Ujarnya lagi, dia telah mengajar anak sulungnya tidur di bilik sendiri namun masih belum berjaya. Elfira turut bertanyakan pendapat netizen tentang apa yang harus dilakukan untuk menyelesaikan masalah tidur anak sulungnya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @elfiraloy

“Saya telah cuba untuk tempatkan abang (anak sulung) tidur dalam bilik sendiri. Tapi dia lebih bijak.

“Mungkin saya dan suami kena istiqamah duduk rumah selalu dan tidurkan dia dalam bilik sendiri tanpa gagal. Apa yang patut buat?” katanya.

Meninjau di ruangan komen, netizen juga berkongsi pengalaman yang sama iaitu tidak dapat untuk bersolat dengan khusyuk kerana diganggu anak-anak.

Komen Netizen:

Netizen turut memberikan cadangan kepada Elfira tentang kaedah untuk memujuk anak-anak supaya tidur di bilik sendiri bila sudah tiba masanya.

Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga bersama suami, Farish Khairol Anuar pada 1 Januari 2019. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhamad Rayyan Khalaf, 2 dan Nur Aria Mikayla yang kini brusia tujuh bulan.

Sumber : Cari

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/u1Ye9dD



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Anak Sulung Tak Nak Tidur Bilik Sendiri, Elfira Loy Rindu Nak Solat Dengan Khusyuk"

Post a Comment