Pengacara Nabil Mahir punyai cara tersendiri untuk menghilangkan dakwat kekal pada jari yang dicelup ketika mengundi di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu.
Kongsi Nabil menerusi video ringkas di Instagram (IG), dia menggunakan dua bahan iaitu cecair peluntur jenis Clorox dan jus lemon.
“Praktikal tips by Nabil Mahir. Cara nak hilangkan dakwat kekal. “Sental menggunakan Clorox kemudian gunakan air perahan lemon untuk menghilangkan bau.
“Saya rendam sambil gosok-gosok,” tulisnya sambil menunjukkan demonstrasi yang berhasil menanggalkan dakwat kekal itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-ratanya mengakui tips yang dikongsikan Nabil itu membuahkan hasil. “Menjadi bang,” komen Hanif Raja Lawak.
“Yay! Akhirnya ada cara untuk menaggalkan dakwat kekal itu! Rimas setiap kali tengok,” tambah individu lain.
Dakwat pilihan raya atau dakwat kekal merujuk kepada dakwat atau pencelup separa-kekal yang ditanda pada (lazimnya) jari telunjuk pengundi semasa pilihan raya dengan tujuan mengelakkan pen1puan pilihan raya seperti pengundian berganda.
View this post on Instagram
Ia digunakan secara meluas di negara dunia ketiga di mana dokumen pengenalan warganegara tidak terpiawai atau berinstitusi; yang lalu menjadikan pengesahan identiti pengundi tidak diperlukan.
Tanda dakwat kekal biasanya kalis air dan tahan selama beberapa hari, atau hampir seminggu. Tanda ini akan hilang apabila sel kulit lama mati dan digantikan dengan sel kulit baru, oleh itu sebarang tanda pada kutikel dijamin hilang dalam tempoh 2-3 minggu.
Namun begitu, sesetengah dakwat kekal memiliki jangka hayat simpanan yang pendek kerana pelarut yang digunakan cepat terpeluwap.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://gempak.com/
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "Nabil Mahir Ajar Cara Hilangkan Dakwat Kekal Di Jari – “Saya Rendam Sambil Gosok-Gosok Dalam …”"
Post a Comment