KUCING yang dipelihara sangat beruntung. Makan, minum dan tempat tinggal semuanya terjaga. Berbanding kucing jalanan, nasib mereka belum tentu baik. Kadang-kadang terpaksa menahan lapar dan dahaga kerana tiada makanan. Lebih malang lagi ada yang dipukul dan diani4ya oleh segelintir individu yang tidak bertanggungawab.
Melalui satu hantaran yang dikongikan oleh seorang pengguna Facebook, Suhaili Baharudin berkongsi tentang kisah seekor kucing betina yang sering berada di atas kubvr bapanya. Cerita Suhaili lagi, kucing tersebut mula dilihat berada di situ, sehari selepas arw4h bapanya dikebumikan.
“Kucing ini selalu ada di kawasan kubvr arw4h abah. Ada juga beberapa ekor anak kucing yang bermain-main di situ. Semasa hayat arw4h abah dahulu, abah memang sungguh sayangkan haiwan terutamanya kucing. Kucing ini makan pun di sebelah kubvr abah,” jelasnya.
Menurut Suhaili lagi, beberapa minggu selepas pemerg1an arw4h bapanya, dia ada pulang ke ke kampung halaman di Kuantan untuk menziarahi kubvr arw4h bapanya. Kelihatan kucing tersebut sedang tidur di tepi batu nisan.
“Saya panggil kucing itu dan memberinya makan. Kucingnya baik, comel dan manja. Bulunya juga bersih. Cara makan pula seperti kebuluran. Dengan keadaan musim hujan dan cuaca yang tidak menentu, terbit rasa kasihan. Tengok perut pula kembung kerana bunting jadi tidak bolehlah bawa ke klinik veterinar untuk disunatkan.
“Jadi saya angkut masuk ke dalam kereta dan kami letak kucing itu di tepi kedai makan. Di kedai makan itu meriah, ramai orang baik-baik dan ada banyak juga kucing-kucing jalanan yang lain. Saya berharap agar kucing ini lebih terjaga di sini berbanding di kawasan kubvr,” katanya.
Pada masa sama, wanita ini berhajat untuk datang kembali ke kedai makan tersebut untuk melihat keadaan kucing itu. Beliau tidak dapat memelihara ‘si meow’ berkenaan kerana tidak tinggal di kawasan berhampiran. Justeru, tiada pilihan lain yang boleh dilakukan selain meletakkan kucing itu di kedai makan.
Dua minggu kemudian, wanita ini sekali pulang ke kampung halaman untuk menguruskan kubvr arw4h bapanya. Beliau terkejut kerana kucing yang ditinggalnya di kedai makan, kelihatan ada di tanah perkubvran berhampiran kubvr arw4h bapanya.
“Saya agak terkejut apabila melihat kucing itu ada di kubur semula. Lokasi kedai makan dengan kawasan tanah perkubvran sangat jauh. Ya ALLAH kasihan betul pada kucing ini. Saya tidak bagi duduk di sini kerana risau tentang makan, minum serta keselamatannya.
“Ketika itu juga saya tidak bawa makanan kucing. Sayu rasa hati bila kucing ini tunggu di tepi kereta. Saya ambil keputusan untuk bawa pulang ke rumah. Sebelum sampai ke rumah saya hubungi suami untuk menyediakan makanan kucing supaya keluar dari kereta boleh terus makan,” kata Suhaili.
Malangnya apabila pintu kereta dibuka, kucing itu terus lari keluar. Ketika hendak mengambil makanan, sekelip mata kucing itu hilang daripada pandangan mata, Tidak sampai 10 saat pun. Rupa-rupanya kucing itu berada di simpang jalan menunju ke kubvr semula.
“Dia sangat bijak. Letaklah di mana pun, tetap akan kembali semula ke kubvr. Saya berasa sangat pelik bila ia tahu jalan untuk kembali semula ke kubur itu. Akhirnya saya pasrah. Kucing ini selesa tinggal di kubur. Saya ambil kucing ini, bawa masuk ke dalam kereta dan hantar semula ke tanah perkubvran.
“Bimbang juga memikirkan nasib kucing ini, apatah lagi sedang bunting. Tidur pula di atas kubvr. Sampai di kubvr terus beri makan. Nampak sangat kelaparan. Mungkin saya patut belikan bekas makanan kucing dan letakkan di kubvr. Apabila lapar, kucing itu boleh makan.
“Menolong haiwan yang terbiar begini sebenarnya lebih memekarkan hati. Sebetulnya tiada pula kita pernah menimbang, besar mana nanti boleh dapat syurga pahala, yang kita buat adalah kerana besarnya sebuah empati,” katanya.
Begitulah cerita seekor kucing jalanan. Moga lebih ramai masyarakat kita lebih prihatin dengan haiwan-haiwan jalanan. Santuni haiwan-haiwan jalanan dengan baik kerana mereka juga berhak untuk hidup di dunia ini.
Oleh: Norhasliza Mohd Shafi
Sumber: Suhaili Baharudin
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/pzB86CL
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "Kucing penjaga kubvr, bawa pulang ke rumah, tetap suka tidur di tepi batu nisan"
Post a Comment