Wanita Cina besarkan anak angkat Muslim terima Anugerah Maulidur Rasul, berikut kisahnya yang menyentuh hati

KASIH sayang yang mendalam wanita berbangsa Cina, Chee Hoi Lan kepada r0hana Abdullah menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.

Kesungguhan Hoi Lan yang merupakan pesara guru tadika menjaga dan memelihara gadis itu sebagai Muslim sejak dari usianya dua bulan menarik perhatian ramai. Segalanya bermula apabila r0hana ditinggalkan oleh ibunya yang merupakan seorang pembantu warga Indonesia tempat Hoi Lan pernah bekerja.

Baru-baru ini Hoi Lan dipilih menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul menerusi kategori Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia.

Wanita berusia 83 tahun dipilih atas jasanya membesarkan r0hana mengikut ajaran Islam.

Menyayangi r0hana sebagai anak sendiri, Hoi Lan berusaha memberikan pendidikan buat anak angkatnya. Wwanita berbangsa Tionghua itu berusaha memastikan r0hana itu tidak tercicir dalam mendapatkan pendidikan sebagai orang Islam dengan mendaftarkan r0hana untuk Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).

Membesar tanpa taraf kerakyatan bukan mudah. r0hana dilaporkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sebagai calon swasta selepas terpaksa meninggalkan bangku persekolahan ketika di Tingkatan Empat.

Kisah r0hana mendapat perhatian perhatian Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Gadis berkenaan tidak memiliki kerakyatan telah menerima taraf kewarganegaraan pada April 2022.


r0hana menitiskan air mata, berat hati untuk berpisah dengan Hoi Lan selepas mendaftar di UteM baru-baru ini)

Diasuh dengan penuh kasih sayang, gadis itu kini bergelar mahasiswa Diploma Sains Komputer Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Kos pembiayaan pengajian r0hana ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Tun Canselor universiti berkenaan.

Ketika menjejakkan kaki ke kampus, r0hana berkata ‘Laoshi’ (panggilannya untuk Hoi Lan) berpesan agar beliau sentiasa berkelakuan baik, berakhlak murni dan menjaga solat.

“Laoshi pesan jangan lupa pada keluarga, selalu telefon dia dan belajar rajin-rajin dan jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan untuk sambung belajar,” katanya ketika selepas mendaftarkan diri di UTeM baru-baru ini.

Tambahnya, ia adalah kali pertama kali mereka berdua berpisah dalam tempoh yang lama dan akan cuba untuk menyesuaikan diri dalam suasana baharu dikelilingi rakan-rakan pengajian.

“Sebelum ini kami pernah berpisah paling lama seminggu dua sahaja. Ketika itu saya mengikuti aktiviti sekolah.

“Untuk jangka masa lama, dan jarak UTeM pula jauh dari Kuala Lumpur, memang agak berat (berpisah) lagipun Laoshi sudah tua, tak ada sapa yang menjaganya,” katanya.

r0hana berharap dapat mencapai cita-citanya dalam bidang yang digemari sekali gus membalas semula jasa serta pengorbanan ibu angkatnya itu.

Sumber: Bernama, Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/vtashMV



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Wanita Cina besarkan anak angkat Muslim terima Anugerah Maulidur Rasul, berikut kisahnya yang menyentuh hati"

Post a Comment