Jinggo Kongsi Video Hubungan Akrab Uzair Haqimy & Luth Mikhail, Titip Doa Buat Famili; “Generasi Yang Berkasih Sayang, Tiada Hasad…

Pengarah produksi, Azman Yahya atau lebih mesra disapa sebagai Jinggo berkongsi video kandid yang memaparkan hubungan akrab dua anak lelakinya, Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.

Sambil merakam gelagat dua permata hatinya itu, turut terlihat di dalam video berkenaan ialah menantunya, Elisya Sandha berserta ahli keluarga lain.

Jinggo menerusi ruangan kapsyen menitipkan doa serta harapan buat keluarga besarnya itu.

“Generasi ku… Generasi Tok Sidang… Semoga Allah memakburkan doa ku… Generasi yang berkasih sayang… Generasi yang tiada hasad di dalamnya…

“Generasi yang menangis bersama… Generasi susah bersama… Generasi yang kesenangan dikongsi bersama… Generasi bersangka yang bersangka baik selamanya… InsyaAllah memakburkan doa ku…Doa untuk Generasi ku… Generasi Tok Sidang…,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tok Sidang Jinggo (@jinggo_jspictures)

Terdahulu, anak sulungnya, Uzair Haqimy atau Haq berkahwin pada Ogos tahun lalu bersama Elisya selepas hampir tujuh bulan menjalin pertunangan.

Sehingga kini, video berkenaan sudah menerima lebih 13,000 tanda suka.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/xw1jdQp



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Jinggo Kongsi Video Hubungan Akrab Uzair Haqimy & Luth Mikhail, Titip Doa Buat Famili; “Generasi Yang Berkasih Sayang, Tiada Hasad…"

Post a Comment