“Tetap ada waktu jatuh dan bangkit aku” – Ryan Bakery selamat bergelar suami kepada Elyia Ibrahim

PERSONALITI TikTok, Ryan Fahmi Bakery sah bergelar suami dengan wanita pilihan hati dikenali sebagai Elyia Ibrahim pada pagi Sabtu.

Pasangan itu dilaporkan disatukan sebagai suami-isteri kira-kira pukul 11 pagi.

Ryan, 27, menerusi hantaran di Instagram melahirkan kesyukuran Elyia akhirnya bergelar isterinya yang sah selepas lima tahun menjalinkan hubungan.

Personaliti itu turut menyifatkan Elyia sebagai seorang individu yang tetap berada di sisinya ketika waktu susah dan senang.

Ryan bergambar bersama ibu bapa dan adik lelaki. Foto Instagram @adambakery

“Setelah lima tahun berkawan. Tetap ada waktu jatuh dan bangkit aku. Tetap setia menanti. Alhamdulillah 1 Oktober 2022 Elyia Ibrahim telah sah menjadi isteriku.

“Terima kasih Ya Allah di atas kurnia ini. Kau berkatilah hidup kami hingga ke syurgaMu. Amin,” tulisnya.

Sementara itu, adik lelaki Ryan iaitu Adam Bakery yang sering tampil dalam video sketsa bersamanya turut mengucapkan tahniah kepada abangnya itu.

Adam turut memuat naik beberapa foto majlis perkahwinan abangnya itu di Instagram.

Menerusi foto yang dikongsi Adam memperlihatkan Ryan dan Elyia sedondon mengenakan busana serba putih pada hari bahagia mereka.

Ryan bersama adiknya, Adam.

Pengikut setia personaliti itu turut mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

“Eh dah kahwin? Tahniah Ryan dan isteri. Semoga bahagia selalu bersama pasangan.

“Cantik isteri Ryan. Selamat pengantin baru,” ucap netizen.

Terdahulu pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 22 Mei 2022.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/NC4X9IG

 



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "“Tetap ada waktu jatuh dan bangkit aku” – Ryan Bakery selamat bergelar suami kepada Elyia Ibrahim"

Post a Comment