Usahawan dan pelawak, Shuib mended4hkan status terkininya selepas lebih setahun menjadi bapa tunggal.Memetik temubual sebuah program, Shuib berkata dia belum bersedia untuk berkongsi perkara tersebut kepada umum lebih selesa berdiam diri.
“Belum terbuka nak berkongsi dengan semua orang. Dalam situasi begini, kadang-kadang, nak cakap saIah, tak cakap pun salah, lebih baik berdiam diri.“Kalau betul ready, boleh share, benda baik kita kongsi.
“Jatuh cinta ini tak boleh paksa, kalau ia datang, datanglah, kerana rasa itu tak boleh dibuat-buat, kita tak boleh p4ksa suka seseorang atau p4ksa diri kita cintakan orang itu sebab dia kena datang secara natural.“Bila masa Allah bukakan hati tu, dah tiba masanya untuk diri sendiri, anak-anak dan keluarga, dia terbuka dan berjalanlah dengan seadanya,” ujarnya.
Disoal mengenai ciri-ciri wanita yang diinginkan pelawak itu, Shuib berkata yang menjadi keutamaannya ialah kebahagian anak-anaknya.“Apa yang paling penting untuk anak-anak sebab misi seorang bapa ini hendak membesarkan anak-anak sebab nak bagi kasih sayang serta nak seimbangkan semua perkara.“Jadi wanita itu biarlah yang ada sifat keibuan yang sangat tinggi untuk menyayangi anak-anak saya.
“Ciri-ciri untuk saya tu tak berapa penting kerana bila dah ada anak ni keutamaan pada mereka yang sedang membesar.“Jadi kalau bakal isteri itu dah ada ciri-ciri itu pun sudah cukup. Kalau untuk saya mungkin kelebihan jika seseorang itu boleh faham saya dan kami serasi.“Lagipun pilihan itu nanti yang akan sehidup sem4ti dengan saya. Insya-Allah harap-harap adalah nanti,” jelas Shuib.
Sebelum ini nama Shuib sering dikaitkan dengan beberapa selebriti namun pada awal tahun ini Shuib tampil membuat pengakuan dia kini dalam proses mengenali hati budi seseorang, namun, hubungan itu belum sampai ke tahap serius.Shuib, bapa empat anak iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun, kehiIangan isteri tercinta, penyanyi Allahy4rham Siti Sarah Raisuddin pada 9 Ogos tahun lalu akib4t C0v1d-19.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/mLCwQB4
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "”Dah Tiba Masanya Untuk Diri Sendiri”, – Selepas Lebih Setahun Jadi Bapa TvnggaI, Akhirnya Shuib Bersuara Bila Ditanya Soalan Ini"
Post a Comment