Bersenam Tanpa Mekap, Netizen Puji Ifa Raziah Cantik, Disamakan Dengan Bintang K-Pop Jessi

Penyanyi, pelakon dan usahawan Ifa Raziah cukup dikenali sebagai selebriti yang kerap memuat naik pelbagai kandungan video mahupun foto di laman sosialnya.

Selain Instagram yang sering dijadikan sebagai platform untuk mempromosikan karier dan bisnesnya, Ifa juga turut menjadikan TikTok sebagai salah satu medium untuk berkongsi perkembangan terkini.

Terbaharu menerusi sepotong video yang dikongsikan di TikTok, Ifa berkongsi rutin senaman ketika berada di rumah.

Menariknya, menerusi video berkenaan, Ifa langsung tidak mengenakan secalit mekap. Hal ini menyorot perhatian netizen dan pengikutnya.

Meninjau ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan Ifa yang tampil polos. Dan ada juga yang menyamakan penyanyi lagu Ser Ser Ser itu dengan bintang k-pop, Jessi.

@ifa_raziah

#missdiva #ifaraziah #terpalingviral #trending #fyp #fouryoupage #tiktok #tiktokviral #serifabeauty #starvendors #teamifaraziah #ifaraziahdivas @Starvendors @Ifa Raziah Divas

♬ Miss Diva – Ifa Raziah

Terdahulu, penampilan Ifa yang semakin kurus menjadi bualan sehingga ada yang menvduh dirinya menjalani pembed4han memot0ng usvs.

Bagaimanapun, Ifa menafikan sekeras-kerasnya d4kwaan berkenaan.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Bersenam Tanpa Mekap, Netizen Puji Ifa Raziah Cantik, Disamakan Dengan Bintang K-Pop Jessi"

Post a Comment