Doktor pakar bedah berkelahiran Malaysia iaitu Dr Amalina Bakri yang kini menerap di London, United Kindom selamat melahirkan anak perempuan sulung pada minggu lalu.
Sepakat dengan suami pilih nama
Berita gembira itu dikongsikan menerusi satu hantaran Instagram yang dimuat naik oleh Dr Amalina sendiri pada petang Selasa.
Dari posting yang sama, Dr. Amalina turut mendedahkan nama anaknya yang dipilih selepas sepakat bersama suami, Alexander Charles atau lebih dikenali sebagai Alex. Nama yang dipilih ialah Arabella Mia.
View this post on Instagram
Kami sayang dan menghargai setiap detik bersama dengan sumber kebahagiaan kami (anak perempuan). Kami teruja untuk setiap perkara yang akan datang.
Terima ribuan ucapan tahniah
Kompilasi gambar-gambar Dr Amalina bersama Arabella yang berlatarbelakangkan kota London itu mendapat ucapan tahniah dari beberapa selebriti dan orang ternama dari Malaysia seperti Catriona Ross, Mira Filzah dan Vivy Yusof.
Tak kurang juga yang memuji pemilihan nama anak sulung Dr Amalina dan mendoakan supaya Arabella membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.
Sumber: Instagram @dramalinabakri
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ohbulan.com/
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "Anak Sulung Dr Amalina Dah Cukup Seminggu Ramai Puji Pandai Pilih Nama Arabella Mia"
Post a Comment