Zizie Izette Tak Dapat Tahan Air Mata Terima Soalan Dari Anak

Jumaat lalu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette  diperintah untuk membela diri oleh Mahk4mah Sesyen atas pertudvhan r4suah berjumlah RM2.8 juta.

Baru-baru ini, perkongsian Zizie menjadi perhatian apabila memuat naik video anak-anaknya yang bertanyakan sama ada dia memenangi kes tersebut.

Pelakon itu dengan tenang menjawab tidak serta mengatakan anak-anaknya belum memahami tentang prosedur kes berkenaan.

Namun, apa yang mengundang seb4k apabila anak lelakinya bertanyakan adakah ibu bapanya akan kembali pulang ke rumah.

Turut kedengaran, anaknya Jenna mula menangis dan kedengaran suara Zizie tidak dapat menahan seb4k serta cuba menenangkan anak-anaknya.

Menerusi perkongsian lain, Zizie berkata anak-anaknya dalah sumber kekuatannya dan meluahkan rasa syukur dikurniakan anak-anak seperti mereka.

“Jenna seorang anak yang memahami dan mempunyai tempat istimewa di hati saya. Mommy sayang awak, Jenna. Saya tidak menangis sehingga dia mula menangis. Dia seorang anak yang manis. Saya sangat bersyukur kerana memilikinya dan mereka semua adalah hidup saya,” tulisnya.

Untuk rekod, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Mokhtar pada Disember 2009. Pasangan itu dikurniakan kembar lelaki iaitu Aadam Zac dan Aaleph Zeke serta anak perempuan Aalisa Belle Izette, serta turut mempunyai dua orang anak angkat Nayla Nurjenna dan Aaric Zaryn Izette.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/jbo3iYX



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Zizie Izette Tak Dapat Tahan Air Mata Terima Soalan Dari Anak"

Post a Comment