Tinggal abu! Pelajar h1ba koleksi barang K-Pop dibak4r, sanggup cari serpihan terselamat – “Yang dia bak4r tu jiwa anak”

LULUH hati seorang gadis melihat barang kesayangannya dibuang dan dibak4r sampai hangus, dipercayai dilakukan oleh bapanya sendiri.

Netizen juga begitu sayu dan hiba apabila melihat video menunjukkan remaja perempuan itu yang memakai pakaian seragam sekolah menangis sebaik mendapat tahu koleksi barangan K-popnya dibak4r.

bakar koleksi kpop anak 2

Berdasarkan keterangan video tular itu, ia dipercayai dimuat naik oleh ibu gadis tersebut, menyatakan bahawa anaknya sedih apabila mendapat tahu koleksi kesayangan dibak4r tanpa dimaklumkan terlebih dahulu.

“Dia beli mahal katanya, ada juga yang kawan-kawan bagi. Tahu-tahu dah habis dibak4r,” demikian menurut seorang pengguna TikTok.

Selain koleksi barangan, buku jurnal yang dihasilkan oleh gadis itu yang memaparkan artis K-pop juga dibak4r oleh bapanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Seorang anak hanya mampu menangis melihat koleksi K-pop kesayangan dibak4r.

Rakaman berdurasi satu minit dan 27 saat itu turut menunjukkan gadis berkenaan yang masih berbaju seragam sekolah ke luar rumah untuk meninjau lokasi pembak4ran.

Tidak putus harapan, gadis itu sanggup menyelongkar sisa-sisa koleksi yang tidak terbak4r tetapi kebanyakannya hanya tinggal abu.

Dalam suasana pilu, gadis tersebut menjumpai sebuah kotak dan mendapati di dalamnya masih mengandungi beberapa koleksi yang masih elok serta separuh hangus.

bakar koleksi kpop anak 3

Koleksi barangan K-pop yang dibak4r bapanya.

Antara yang ‘selamat’ dan masih dalam keadaan baik adalah lencana dan beberapa keping gambar artis K-pop.

“Sedih sungguh, kutip juga mana yang tersisa. Jadikan pengajaran,” katanya, sambil menjelaskan dia bagaimanapun tidak menggalakkan atau menyokong minat anaknya itu, tetapi mengakui tindakan membak4r koleksi barangan tersebut adalah tidak wajar.

Menerusi ruangan komen, pengguna TikTok yang berkongsi video tersebut memberitahu dia tidak membak4r koleksi barangan K-pop milik anaknya.

Post untuk kenangan je. Bukan mama dia yang bakar ye, tapi mama rekod. Mama pun tak setuju ye, jadi jangan kec4m mama dia,” katanya.

bakar koleksi kpop anak 6

Komen ibu dan anak berhubung video yang tular.

Dalam pada itu, seorang pengguna TikTok tampil mendakwa dirinya sebagai gadis di dalam video yang tular dan mended4hkan bahawa bapanya yang membak4r koleksi K-pop tersebut.

“Abah saya bak4r, mama saya yang rakam. Mama saya pun ada tegur cara abah saya masa dapat tahu. ‘Ni la buat anak macam ni macam mana anak nak dekat’ kata mama,” tulisnya berserta emoji sedih.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa gadis berkenaan dan berpandangan ibu bapa tidak sepatutnya membak4r koleksi barangan K-pop tersebut.

bakar koleksi kpop anak 4

Serpihan koleksi dengan kesan terbak4r.

“Anak saya pun macam ni g1la K-pop. Saya membeb3l juga, tapi bila ingat minat ni akan berlalu dengan masa. Saya muda pun minat artis, kumpul dan tampal gambar dan macam-macam.

“Yang dia bak4r tu sebenarnya jiwa anak. Ada cara nak didik. Jangan sesekali main jiwa tau.

“Aku lebih senang kalau anak-anak minat benda-benda begitu dari dia minat keluar lepak dengan kawan-kawan yang tak tentu hala. Mereka perlu ada minat untuk distract dari stres hidup.

bakar koleksi kpop anak 5

Antara komen netizen.

“Benda tu dah la mahal, kalau mak ayah tak suka boleh je slow talk dulu dan benda tu laku jika jual balik. Kebanyakannya orang jual balik, bukan bak4r.

“Kasihan dia. Kenapa buat macam tu? Lain la dia buat benda salah dan tahap minat dia tu melampaui batas. Sabar ye dik,” demikian antara komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/7qFoHYU



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Tinggal abu! Pelajar h1ba koleksi barang K-Pop dibak4r, sanggup cari serpihan terselamat – “Yang dia bak4r tu jiwa anak”"

Post a Comment