Datuk Aaron Aziz, 46, mengakui sebagai bapa, tidak mudah untuk dia meletakkan kepercayaan kepada mana-mana individu yang cuba mendekati anak-anaknya.
Bagaimanapun, kata Aaron, tindakannya itu bukan kerana mahu mengongkong kehidupan anak-anak, sebaliknya dia harus sentiasa berwaspada bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
“Saya ini boleh dikatakan seorang bapa yang agak ‘protective’. Dulu, selalu juga ‘stalk’ (intai) mesej yang dihantar di media sosial anak saya, Dahlia Arissa untuk tahu dengan siapa dia berkomunikasi.
“Bukan tidak percaya, tetapi saya tidak boleh senang-senang meletakkan kepercayaan kepada sesiapa sahaja yang cuba berkawan dengan anak perempuan saya,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Pun begitu, kata pelakon yang popular dengan filem KL G4ngster ini, dia sedar, penggunaan media sosial tidak sepenuhnya memberikan kesan negatif.
View this post on Instagram
“Saya sedar kita semua kena berhati-hati, pada masa sama, saya bersetuju media sosial ada manfaatnya.
“Saya selalu ajar anak-anak untuk menggunakan media sosial secara positif. Kalau kita ambil media sosial sebagai sesuatu yang positif, maka positiflah ia.
Komen Netizen:
“Kalau ambil dari sudut yang negatif, maka semuanya akan jadi negatif. Saya rasa, pada era ini, kita sebagai ibu bapa kena didik anak-anak dan percayakan mereka. Tetapi, bab ini pun saya masih belajar,”katanya.
Aaron mendirikan rumah tangga dengan Datin Diyana Halik pada Ogos 2003. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://b.cari.com.my/
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "“Tak Percaya Mana-Mana Orang Dekati Anak-Anak” – Aaron Aziz Selalu Stalk Mesej Dan DM Anak Perempuan"
Post a Comment