Staf Burger King mengurat pekerja Sushi King, ‘dating’ waktu rehat! Cinta m0nyet bertahan sedekad… Akhirnya ke jenjang pelamin

KATA orang, cinta monyet tidak akan bertahan lama.

Namun berlainan pula kisahnya dengan pasangan ini yang akhirnya menamatkan ‘cinta monyet’ mereka di jenjang pelamin selepas sebelas tahun mengharungi suka dan dvka.

Siapa sangka, perkenalan secara tak sengaja ketika masing-masing baharu menamatkan pengajian peringkat menengah, berlanjutan lebih sedekad sebelum mengambil keputusan untuk hidup bersama.

Video kompilasi yang dikongsikan di media sosial memaparkan momen ketika masing-masing mula berkenalan sehinggalah diijabkabulkan membuatkan rata-rata netizen kagum dengan pasangan ini.

cinta monyet 4

Mengimbas kembali kisah cinta monyet, wanita yang dikenali dengan nama Nurul Shamime berkata, perkenalannya dengan suami, Muhammad Affique Ashraf, 29, bermula ketika masing-masing bekerja secara sambilan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya kerja dekat Sushi King, suami kerja dekat Burger King yang terletak bersebelahan. Dia tegur masa saya nak balik kerja dan bermula daripada situ kami berkawan. Masa tu umur kami masing-masing 17 tahun.

“Saya bekerja sambilan nak cari duit lebih untuk bayar lesen kereta. Selepas berkawan sebulan, dia ajak couple. Kami selalu luangkan masa bersama ketika waktu rehat, makan sama-sama,” ujar wanita berusia 29 tahun ini.

Cabaran pertama hubungan mereka bermula apabila masing-masing melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan terpaksa menjalani cinta jarak jauh.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Nurul Shamime dan Affique diijabkabulkan pada Jun 2020.

“Saya masuk Kolej Matrikulasi dekat Kuala Pilah dan suami sambung belajar dekat Institut Teknologi Penerbangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT). Cabarannya, kami selalu g4duh sebab takut masing-masing cur4ng.

“Sebab study group mesti bercampur lelaki perempuan, ada aktiviti dan macam-macam lagi, tambahan pula kami jarang jumpa.

“Selepas tamat matrikulasi, saya sambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda dekat Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pekan selama empat tahun setengah, jadi memang jarang jumpa,” ujarnya.

cinta monyet 2

Pasangan ini kini sudah mengenali hati budi masing-masing selama 13 tahun.

Bagaimanapun ujar Nurul Shamime, keterbatasan untuk sering bertemu bukanlah alasan untuk dia dan pasangannya mengambil kesempatan di atas kesetiaan masing-masing.

Selain memanfaatkan teknologi untuk berkomunikasi setiap hari, dia dan pasangannya saling meletakkan kepercayaan antara satu sama lain.

“Kami jarang berg4duh mengenai isu orang ketiga sebab setiap perkara seperti pergi ke mana, jumpa siapa, buat apa semua kami sentiasa update each other. Kalau bergaduh, call dan pujuk sampai hati pasangan lembut.

“Sepanjang hubungan ini juga, kami memang terus jumpa keluarga kerana restu mereka sangat penting,” katanya.

Sebelas tahun bercinta, pasangan ini mengikat tali pertunangan dan kemudian memeterai ikatan pernikahan pada 16 Jun 2020 dalam satu majlis ringkas lantaran tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu.

Dua tahun melayari perkahwinan, pasangan ini kini membangunkan perniagaan produk kecantikan dan kosmetik bersama-sama.

cinta monyet 3

Nurul Shamime dan suami sudah dua tahun melayari bahtera perkahwinan.

Tidak menyangka perkongsian videonya mengundang perhatian netizen, Nurul Shamime meluahkan rasa terharu dengan komen serta doa yang dititipkan untuknya dan suami.

“Apapun pokok pangkalnya, kunci bagi setiap perhubungan adalah setia dan dua-dua kena berusaha untuk menunjukkan kasih sayang,” katanya lagi.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/7qFoHYU



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Staf Burger King mengurat pekerja Sushi King, ‘dating’ waktu rehat! Cinta m0nyet bertahan sedekad… Akhirnya ke jenjang pelamin"

Post a Comment