Gadis nikah pada usia 17 tahun, bergelar isteri cuma 2 hari sebelum bercer4i… tapi enggan pegang status janda!

VIDEO perkongsian seorang gadis dengan kapsyen ‘kenapa sudah jadi janda, baru 17 tahun’ pastinya mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Mana tidaknya, di usia belasan tahun, dia bukan sahaja sudah mendirikan rumah tangga malah turut mendedahkan telah bercer4i.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan itu, remaja berkenaan menyatakan jodoh dan m4ut semuanya Allah yang tentukan.

“Jangan paksa seseorang untuk mencintai kamu. Tapi biarkanlah dia datang dengan hati yang ikhlas dan kejujuran hatinya,” tulisnya ringkas.

Noranah enggan dilabel sebagai janda.

Berkongsi perjalanan hidupnya dengan mStar, Noranah Roni mengakui keputusan berpisah itu dibuat olehnya dan pasangan.

Malah katanya, sepanjang tempoh perkahwinan, dia dan bekas suami tidak pernah tinggal bersama.

“Pencer4ian adalah jalan terbaik untuk saya dan bekas suami,” ujar remaja yang berasal dari Semporna, Sabah, ini.

Meskipun perit untuk membawa gelaran ‘janda’ di usia remaja, namun baginya ia adalah hakikat yang perlu diterima.

Bagaimanapun, anak bongsu daripada enam beradik ini juga berharap dia tidak digelar janda kerana dirinya belum sempat menjalani bahtera rumah tangga seperti pasangan berkahwin yang lain.

“Kalau dikatakan janda, sebenarnya bukan juga sebab belum sempat menjalani kehidupan berumahtangga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Noranah enggan dilabel sebagai janda.

“Pada masa yang sangat singkat, dua hari terus saya bercer4i… saya pun tak faham kenapa perlu label janda,” luahnya.

Mended4hkan situasi yang dialami, ujar gadis jelita itu lagi, perkahwinan yang berlangsung pada 6 Jun lalu adalah atas kemahuan keluarga dan bukan didirikan atas dasar cinta.

Tambahnya, walaupun berat hati untuk bersetuju, tapi dia terpaksa akur demi menjaga hati ibu dan bapanya.

“Saya bernikah atas sebab kemahuan keluarga. Jadi dengan tidak rela saya akur saja pada keadaan semasa ketika itu.

“Bagi saya keluarga adalah keutamaan dalam hidup, oleh itu tidak mahu mengecewakan mereka,” jelasnya.

Bagaimanapun, selepas segala urusan berkaitan perkahwinan selesai, dia dan bekas suami sependapat untuk berpisah.

“Kami bercer4i sebab itu pilihan kami berdua… kehendak keluarga juga sudah diikuti.

Merupakan anak kelahiran Samporna, Sabah.

Merupakan anak kelahiran Samporna, Sabah.

“Selepas berbincang dengan kedua belah pihak, maka keputusan untuk berpisah dipersetujui dengan cara baik.

“Alhamdulillah semua bersetuju dan kami menganggap setiap yang berlaku adalah sebuah takdir,” imbaunya kembali.

Seperti pasangan bercer4i yang lain, Noranah juga tidak terkecuali daripada menjadi m4ngsa makian dan kejian masyarakat.

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui kisahnya pasti menyangka perkara tidak baik telah berlaku tambahan pula usianya baru belasan tahun.

Namun bagi wanita muda ini, dia enggan mengambil pusing setiap kata-kata nista tersebut sebaliknya mahu meningkatkan kualiti hidupnya di masa hadapan.

“Kata-kata negatif memang didengari tapi saya bersyukur sebab ada juga yang sudi memberi semangat.

“Bayangkan mereka menyatakan saya memalukan keluarga kerana bercer4i di usia muda dan menjalani tempoh perkahwinan yang singkat. Tidak kurang juga yang menganggap saya membantah kata-kata orang tua.

Noranah adalah anak bongsu daripada enam beradik.

Noranah adalah anak bongsu daripada enam beradik.

“Ada juga yang mempersoalkan kenapa saya nikah kerana terlalu muda… apa pun, saya enggan mengambil pusing setiap kata-kata tersebut,” katanya sambil menambah setiap yang berlaku adalah pengalaman hidup untuknya.

Bercerita mengenai perancangan masa hadapannya pula, ujar Noranah, jika diberi peluang dan kepercayaan dia ingin mencari pekerjaan.

Katanya, pada masa ini dia hanya menjaga kedai yang diusahakan ibunya di Semporna.

“Saya mahu cari pekerjaan sendiri sebab sekarang hanya menjaga kedai mak di kampung,” katanya.

Terdahulu, video yang dikongsikan tular di aplikasi TikTok sehingga ditonton lebih 355,900 pelayar.

Meskipun ada yang memberi kata-kata kecaman, namun tidak kurang juga yang memberi sokongan selain menyifatkan setiap individu berhak untuk bahagia.

“Sabar… satu hari nanti kamu akan ditemukan kebahagiaan dengan orang yang tepat.

“Semoga bertemu pasangan suami yang soleh yang menjadikanmu taqwa kepada Allah.

“Semangat! Semoga mendapat yang lebih baik.

“Bersabarlah dengan dugaan Allah. InsyaAllah ada jodoh yang baik untuk awak,” ujar beberapa netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber :  https://ift.tt/s9VnF0a



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Gadis nikah pada usia 17 tahun, bergelar isteri cuma 2 hari sebelum bercer4i… tapi enggan pegang status janda!"

Post a Comment