Bapa Mentua Contoh! Yusuf Haslam Tak Henti Bagi Semangat Untuk Menantu

Setiap orang mengimpikan untuk peroleh mentua yang baik, memahami dan penyayang. Tidak terkecuali, pelakon Puteri Sarah Liyana merupakan salah satu individu terpilih untuk mendapatkan mentua yang prihatin dengan dirinya dan anak-anak.

Meskipun dilanda kemelut rumahtangga bersama suaminya yang juga pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof, mentuanya sentiasa menyokong penuh di belakangnya.

Baru-baru ini, Puteri Sarah mended4hkan bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam tidak pernah lupa untuk menghantar mesej dukungan dan semangat padanya setiap minggu.

Kata Puteri Sarah, 36, itu adalah salah satu kekuatan buat dirinya untuk tidak cepat mengalah dalam meneruskan kehidupan.

“Setiap minggu mesti dapat WhatsApp semangat daripada bapa mentua saya.

“Ini adalah salah satu perkara yang menjadi pembakar semangat Sarah untuk tidak pernah berputus asa dalam kehidupan.” katanya.

Dalam hantaran di Instagram Stories, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik tangkapan skrin (screenshot) perbualan bersama Yusof Haslam.

Puteri Sarah juga sempat memberitahu yang dia menerima tawaran berlakon daripada sebuah stesen televisyen dan perlu ‘outstastion’ ke New Zealand selama sebulan pada November ini.

Yusof Haslam yang juga merupakan pengarah dan penerbit tersohor menegaskan dia dan isteri, Datin Fatimah Ismail serta keluarga akan sentiasa berada di sisi Puteri Sarah dan anak-anak.

Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof did4kwa dilanda masalah dilsebabkan kehadiran Ira Kazar.

Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul. Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Sumber : Instagram Puteri Sarah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/QxEdhmS



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Bapa Mentua Contoh! Yusuf Haslam Tak Henti Bagi Semangat Untuk Menantu"

Post a Comment