Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa sekali lagi menganjurkan majlis ilmu dan kali ini ia khas buat rakan selebriti yang dibawakan oleh Pertubvhan Kasih Neelofa.
Khusus untuk golongan wanita, majlis Hijrah Cinta Bersama Rakan Selebriti itu dilangsungkan di sebuah premis acara di Damansara, Selangor pada Jumaat.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini turut berkongsi foto serta video sekitar majlis menerusi Insta Stories.
Menerusi salah satu status yang dikongsikan, Neelofa mengakui ramai lagi rakan selebriti yang mahu ikut serta dan sesi sama dirancang bakal dilakukan tidak lama lagi.
“Majlis Ilmu yang diadakan khas buat rakan-rakan artis, yang dahagakan ilmu agama dengan izin Allah, alhamdulillah syukur. Ramai lagi rakan artis yang ingin hadir, insyaAllah event yang akan datang,” tulisnya.
Menerusi perkongsian sama, antara rakan artis yang terlihat berada di majlis berkenaan ialah Jasmine Suraya, Ika Nabella, Amyra Rosli, Lufya, Kaka Azraff, Shima Anuar dan ramai lagi.
Zulin Aziz yang turut hadir ada menitipkan ucapan terima kasihnya atas jemputan.
“Terima kasih Neelofa atas jemputan. Bertuah dapat join majlis ilmu. MasyaAllah,” tulisnya.
Sebelum ini, Neelofa yang sinonim dengan sesi perkongsian ilmu itu turut menganjurkan majlis seumpamanya pada pertengahan Julai lalu yang diadakan di kediaman bapa mentuanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/rzhvGmq
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "Sekali Lagi Buat Majlis Ilmu, Neelofa Syukur Kunjungan Selebriti; Ramai Lagi Rakan Artis Ingin Hadir, InsyaAllah Yang Akan Datang.”"
Post a Comment