Setiap pasangan suami isteri pasti mengharapkan rezeki untuk memiliki zuriat sendiri. Kehadiran anak dianggap sebagai penyejuk hati dan mungkin juga ujian buat kita. Sehebat mana pun kita jadi ibu ayah, mungkin ada juga sedikit cabarannya.
Tambah pula dengan keadaan hari ini, anak-anak sekarang lebih terded4h kepada pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat kesabaran ibu bapa sedikit tercabar. Apa sekalipun yang berlaku, anak kita masih memerlukan bimbingan dan kasih sayang untuk mereka membesar dalam suasana yang harmoni.
Menerusi perkongsian di TikTok Cikgu CIC, sebenarnya ada cara nak melembutkan hati anak-anak.
Selalu ibu bapa bertanya macam mana nak lembutkan hati, nak baca doa apa kan?
Kebanyakan kita lebih biasa baca Ya Latif tapi ada satu lagi nama Allah asmaul husna boleh diamalkan. Tip ini dikongsikan oleh seorang Tuan Guru.
Ibu bapa boleh baca Ya Rauf, seru banyak-banyak nama ALLAH Ya Rauf, ulanglah 10 kali, 5 kali atau 3 kali dengan penuh khusyuk sambil gosok belakang anak.
Video:
Ya Rauf ni maksudnya Yang Maha Belas Kasihan. Lepas sebut Ya Rauf sebutlah pula dengan Ya Latif, Ya Latif, Ya Latif.
Baca kedua-dua sekali untuk anak-anak kita, insyaAllah dengan izin Allah semuanya berada dalam rahmat-Nya. Niatkan yang baik-baik, pasti anak kita menjadi anak soleh dan solehah serta insan cemerlang dunia akhirat.
Komen Netizen:
Kredit: TikTok Cikgu CIC
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/Ye2Gb6X
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "Cara Lembutkan Hati Anak, Sebutlah Ya Rauf, Ya Latif Sambil Usap Belakang"
Post a Comment