BENARLAH orang cakap, bila sudah bergelar ibu, anak akan menjadi keutamaan nombor satu dalam kehidupan seharian.
Situasi begitulah dialami Mira Filzah ketika ini apabila keluar tengok wayang cerita Mat Kilau pun asyik teringatkan anak sulungnya Wan Khair Amir.
Dia berkongsi perkara tersebut ketika ditanya bila akan kembali berlakon selepas melahirkan anak.
“Sebenarnya kalau ada naskhah yang bagus, saya tidak kisah untuk mula penggambaran awal.
“Semalam (Isnin lalu) keluar menonton Mat Kilau pun mata asyik lihat jam dan gambar Amir di skrin telefon. Rasa sedih tinggalkan dia padahal tengok wayang saja.
“Nak tinggalkan Amir untuk kerja dua hingga tiga bulan bukan senang. Baru faham perasaan seorang yang bergelar ibu,” kongsinya.
Jika bukan drama berepisod panjang, mungkin Mira boleh kembali sebagai pengacara atau telefilem. Rasa-rasanya ramai juga yang rindu lakonan Mira.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/P5S1cqx
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "“Maklum lah baru ada anak” – Mira Filzah keluar tengok wayang pun teringat anak"
Post a Comment