Seperti yang diketahui ramai, pelakon Nadiyah Shahab dan suami, Ben Ali yang juga merupakan aktor dan usahawan membela tiga ekor kucing iaitu Fluffy, Mushy dan Theo.
Terbaru, Nadiyah berkongsi khabar sedih di Instagram (IG) apabila kehilangan salah seekor kucing kesayangan, Fluffy.
Dalam hantaran tersebut, aktres berumur 31 tahun itu memuat naik foto ‘Fluffy’ berserta ciri-ciri bagi memudahkan usaha pencarian.
Kali terakhir dilihat di Grove, Lakefields, Sungai Besi. Memakai kolar biru tepat seperti dalam gambar ini.
Dalam pada itu, pemilik nama Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab berharap agar individu yang menjumpai Fluffy akan memulangkan semula dan dia sanggup memberi ganjaran mengikut jumlah yang diinginkan.
View this post on Instagram
Jika ada sesiapa yang terjumpa tolong pulangkan dia. Anda akan diberi ganjaran mengikut jumlah yang anda mahukan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat bersimpati dengan dugaan tersebut di samping mendoakan agar pasangan ini berjaya bertemu dengan Fluffy semula.
Komen Netizen:
Sebelum ini, Nadiyah dan Ben mencuri perhatian ramai apabila bercuti ke Genting Highlands, Pahang bersama kucing kesayangan mereka.
Sumber: Instagram @nadiyah.shahab
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ohbulan.com/
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "Kucing Kesayangan Nadiyah Shahab Hilang, Sanggup Bagi Ganjaran Ikut Kehendak Individu Yang Jumpa"
Post a Comment