Hampir 8 tahun tersadai di parkir KLIA, dari habuk tebal sekelip mata berkilat… siapa punya ‘kereta m1steri’ kalau bukan m4ngsa tr4gedi pesawat?

TAK siapa sangka sebuah kereta yang berdebu di kawasan parkir bukan sahaja menyentuh emosi, malah membangkitkan 1,001 persoalan.

Lebih mengundang seb4k apabila timbul d4kwaan kereta yang ditinggalkan lama itu mungkin milik m4ngsa tr4gedi pesawat yang pernah menggemparkan dunia.

Begitulah keadaan salah sebuah kereta yang ‘sepi tanpa bertuan’ di kompleks letak kereta bertingkat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Kecoh di media sosial kononnya video tular kereta yang berhabuk teruk itu mempunyai kaitan dengan penumpang atau anak kapal dalam tr4gedi kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014 atau nah4s MH17 yang ditemb4k jatuh pada 17 Julai tahun sama.

parking klia 5 W

Kereta yang ditinggalkan kelihatan sudah dibersihkan.

Susulan video tular itu pelbagai spekulasi dan teori yang timbul sehingga ke hari ini termasuk kereta tersebut did4kwa sengaja tidak dituntut kerana waris m4ngsa berharap ahli keluarga mereka pulang.

Namun, sumber terdekat menafikan khabar angin kononnya kereta jenis Honda yang tersadai dan berdebu di ruang parkir KLIA selama hampir 8 tahun itu adalah milik m4ngsa MH370 mahupun MH17.

“Jika ada pun kereta m4ngsa MH370 atau MH17 sebelum ini, pasti waris atau ahli keluarga mereka dah tuntut lama. Bukan penumpang atau anak kapal MH370 berdasarkan tarikh tamat tempoh cukai jalan.

“Bukan juga m4ngsa MH17 kerana kebanyakan mereka dari sana (Eropah) dan pesawat pun berlepas dari sana (Amsterdam),” kata sumber kepada mStar.

parking klia 6 W

Masih berada di tapak parkir dengan keadaan tayar dikunci.

Kata sumber itu, isu kereta ‘tersadai’ di kompleks parkir KLIA bukan perkara baharu, malah terdapat kes di mana beberapa kenderaan sebelum ini dibiarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akib4t pandemik c0v1d-19.

Video:

“Ada juga yang tak bayar ansuran kereta atau lari daripada bayar denda sebab tak tuntut kereta terlalu lama. Kalau mereka datang tuntut, tetap dikenakan caj parkir.

“D4kwaan dalam video itu mengaitkan pemiliknya adalah m4ngsa MH370 atau MH17 saya rasa tidak benar. Saya percaya video tersebut dibuat sekadar content semata-mata untuk meraih banyak like dan view,” katanya.

parking klia 4 W

Cukai jalan tamat tempoh pada 2015.

Tambah sumber yang bertugas di KLIA itu, pihaknya akan berhubung dengan pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekiranya kenderaan itu diletakkan di kawasan parkir terlalu lama.

“Beberapa notis akan dihantar. Cuma kalau nak ‘towing’ tu mungkin mengalami masalah jika kereta berada di tingkat-tingkat atas kerana ‘ramp’ (siling) yang rendah membuatkan lori ‘towing’ tak lepas masuk melainkan panggil pihak bengkel untuk hidupkan kereta atau tolak kereta ke luar parking,” katanya.

Jika ada pun kereta m4ngsa MH370 atau MH17 sebelum ini, pasti waris atau ahli keluarga mereka dah tuntut lama.

SUMBER

mStar telah menghubungi pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang menguruskan kompleks letak kereta bertingkat KLIA dan sedang menunggu maklum balas serta pengesahan berhubung d4kwaan yang tular di media sosial.

Sementara itu video yang dimuat naik pengguna TikTok @yourjiranstory dengan kapsyen ‘Sejarah hitam. Al-Fatihah’ sehingga kini meraih 2.6 juta tontonan.

parking klia 3 W

Kereta Proton Iswara turut dikesan berdebu di kompleks parkir KLIA.

Menerusi ruangan komen, terdapat netizen turut menafikan ia kepunyaan m4ngsa tr4gedi pesawat, sebaliknya mend4kwa ia didaftarkan di bawah nama Carsome Sdn Bhd, penyedia platform kereta terpakai.

Wakil Carsome ketika dihubungi mStar berkata, pihaknya bagaimanapun belum dapat mengesahkan status kereta berkenaan buat masa ini kerana sias4tan masih berjalan.

“Kami sedang menyi4sat mengenai perkara itu pada masa ini. Kami akan memaklumkannya sebaik sias4tan selesai,” katanya secara ringkas.

Tinjauan mStar ke kompleks letak kereta KLIA mendapati kereta yang ditinggalkan dengan keadaan tayar dikunci (clamp) menerusi video yang tular masih berada di tapak parkir, namun tidak lagi berdebu dan sebaliknya sudah dibersihkan.

Malah pelekat cukai jalan juga dilihat masih elok meskipun sudah tamat tempoh pada 16 Jun 2015.

Namun, tiada jawapan saat ditanya siapakah yang membersihkannya selepas penularan video membabitkan kereta berkenaan di media sosial.

parking klia 2 W

Kesan contengan pada kereta yang ditinggalkan.

Dalam tinjauan sama, mStar mengesan terdapat kereta lain yang juga berdebu kelihatan dibiarkan di kompleks sama.

Bagaimanapun, tiada cukai jalan yang dikesan pada kereta jenis Proton Iswara yang telah ‘diconteng’ pada debu-debu yang melekat pada kenderaan tersebut.

Persoalannya, siapa pemilik kereta Honda tersebut dan kereta-kereta yang lain?

Pesawat MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pesawat MH17 terhemp4s di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 apabila ditemb4k jatuh di ruang udara negara bergolak itu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar



Sumber: Sinar Viral

Related Posts :

0 Response to "Hampir 8 tahun tersadai di parkir KLIA, dari habuk tebal sekelip mata berkilat… siapa punya ‘kereta m1steri’ kalau bukan m4ngsa tr4gedi pesawat?"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect