TINDAKAN seorang pengguna TikTok berkongsi video memperlihatkan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang mengambil duit di mesin ATM mengundang rasa kurang senang netizen.
Menerusi video tersebut, individu yang menggunakan nama akaun @yanaothman merakam momen tersebut sambil memanggil nama Siti Aafiyah yang ketika itu turut menemani ibunya.
“Terserempak dengan Tokti kat ATM be like… Aafiyah, Aafiyah malu-malu la Aafiyah ni” ujar individu dalam video berkenaan.
Bagaimanapun, apa yang dikongsi wanita itu menerima teguran netizen yang menganggap tidak wajar dan menganggu privasi penyanyi berkenaan.
Gambar bersama Siti yang sempat dirakam
Lebih-lebih lagi rakaman tersebut dilakukan tanpa izin dan ketika penyanyi itu sedang menjalankan urusan peribadi di ATM.
Terkesan dengan kec4man banyak pihak, wanita berkenaan menyahaktifkan fungsi ruangan komen dan turut memohon maaf.
Dia juga memberitahu bahawa rakaman tersebut adalah video kakaknya yang terlalu teruja apabila terserempak dengan penyanyi kesayangan ramai itu.
View this post on Instagram
Terlalu banyak komen negatif. Ini hanya momen kakak saya yang sekian lama hendak jumpa Tok Ti
YANA OTHMAN
PENGGUNA TIKTOK
“Saya terpaksa disable comment posting kakak saya terjumpa Tok Ti (Siti Nurhaliza).
“Terlalu banyak komen negatif. Ini hanya momen kakak saya yang sekian lama hendak jumpa Tok Ti.
“Tak sangka pula ramai cakap ganggu privasi. Maaf jika video ini mengganggu anda,” ujarnya.
Bagaimanapun, pemerhatian mStar mendapati individu berkenaan baru sahaja memadam video berkenaan dari laman Tiktok miliknya selepas lebih 14 jam dimuat naik.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "[VIDEO] Rakam video Tokti tengah keluar duit di ATM, pengguna TikTok dikec4m ganggu privasi… Teruja pertama kali jumpa artis kesayangan"
Post a Comment